22/03/2012

Mari Kita Ramai-Ramai Tengok Video Seks!




Maaf jika video seks yang anda cari bukan disini tempatnya. Keris sebenarnya ingin menyatakan prinsip yang Keris pegang sebagai seorang blogger yang menyampaikan maklumat secara terus kepada rakyat selain daripada memberitahu kepada rakyat tentang kesongsangan perjuangan pembangkang. Namun apabila semua blogger UMNO dituduh sebagai blogger Porno maka Keris mengambil langkah menyertai kempen 'PORNO BUKAN BUDAYA UMNO'.


Keris merasakan sudah tidak perlu lagi sebarang penyebaran video seks di laman-laman blog pro UMNO. Ini bukan lagi soal pendedahan kesongsangan Anwar tetapi ia berkaitrapat tentang siapa yang akan menonton video tersebut. Sedar atau tidak dengan meletakkan video seks di laman blog, kita tidak boleh mengawal siapa yang melihatnya. Bayangkan anak kecil berumur 7 tahun membaca laman blog politik dan terlihat video tersebut?

Ini bukan soal dosa dan pahala orang yang menyebarkan tapi ia berkaitan akidah dan minda generasi kecil dan gen-y di Malaysia. Sepertimana kita tahu kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun kebawah berada dalam peratusan tertinggi pengguna internet. Mahukah anda semua memberi anak-anak anda dirosakkan seawal usia 7 tahun?

Keris berkeras dengan kempen 'PORNO BUKAN BUDAYA UMNO' ini dengan mengajak lebih ramai lagi blogger dan pembaca untuk turut serta dalam kempen ini.

K7L : Keris tidak menghentam sesiapa namun ini pendirian Keris yang dirasakan perlu diutarakan agar tiada salah faham terhadap perjuangan Keris..

1 ulasan:

  1. Sokong! kebelakangan ni pun banyak blogger pro kerajaan yg menyajikan posting2 berbaur seks di blog masing2. Kalau sesekali dan ianya ada kaitan dgn PR mungkin masih blh diterima. Tapi kalau hampir tiap2 hari buat posting begitu...pasti ada sesuatu yang tak kena. Apa tujuannya...wallahua'lam. Harap2 bukan kerana mengejar ranking.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk