05/03/2012

[Video] - @razaliibrahim Main Hujan Di UTM - Pemimpin Muda Yang Sempoi!



JOHOR BAHRU 2 Mac - Biarpun hujan sejak pukul 4 petang, ia tidak sedikitpun menggugat kemeriahan program Interaksi Belia Siswa 2012 yang diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, program tiga hari itu bertujuan melahirkan golongan mahasiswa berkualiti kerana kecemerlangan seseorang penuntut di universiti bukan hanya bergantung kepada ilmu yang diperoleh di dalam dewan kuliah.

"Tidak cemerlang kita jika hanya ada ilmu kuliah, kesihatan tubuh badan sangat penting dalam menjana lebih banyak idea," katanya ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Gerakan Belia 4B Johor dan Sekretariat Anak Johor Darul Takzim (SEJATI) UTM atas penganjuran tersebut.

Terdahulu, Ahli Parlimen Muar itu turut mengerjakan solat Asar berjemaah di Masjid UTM dan kemudian menunggang basikal secara konvoi ke stadium.

Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B negeri, Syahrin Md. Jamaludin dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni) UTM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Tajudin Ninggal.

Program Interaksi Belia Siswa 2012 itu disertai kira-kira 1,000 mahasiswa berasal dari Johor yang kini menuntut di 12 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Tahun lalu, program tersebut diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Sebanyak enam acara sukan iaitu boling, futsal, sepak takraw, bola jaring, bola tampar dan badminton dipertandingkan pada program tiga hari bermula hari ini hingga Ahad.

Sementara itu, esok akan diadakan wacana kepimpinan yang dibahagikan kepada empat bahagian iaitu tiga wacana membabitkan pembentang secara individu, manakala satu forum yang melibatkan ahli panel bagi membincang pelbagai topik seperti kerjaya, integrasi kaum dan isu-isu semasa.

Sebelah petang pula, akan diadakan Debat Kedai Kopi yang disertai penuntut dengan tujuan mengasah bakat dan daya kepimpinan mereka. - Utusan -

K7L : DRI memang sangat sempoi dan tidak sombong..ada mahasiswa kata DRI mudah didekati dan mereka selesa jika bersama dengan dia dalam apa-apa program..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk