01/03/2012

Isu Gambar Erykah Badu - "Editor The Star Harus Memohon Maaf!" - @razlanrafii



Isu gambar Erykah Badu yang bertatu Kalimah Allah menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Agama merupakan satu isu paling sensitif lebih-lebih lagi apabila ia berkaitan dengan 'penghinaan'. Entah mengapa sejak tahun 2008, beberapa siri 'racial hatred' cuba ditimbulkan dan isu agama juga menjadi modal dalam siri tersebut. Apakah agenda tersembunyi disebalik siri-siri tersebut? Ada dalang yang cuba mengapi-apikan 'racial hatred' dan cuba merosakkan keharmonian di Malaysia?

Di sini Keris menyampaikan kepada pembaca kenyataan rasmi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seputeh merangkap Naib Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Mohd Razlan Rafii mengenai isu tersebut.



Akhbar The Star sudah kerap kali menghina orang Islam. Pada bulan Ogos tahun lalu Akhbar ini telah menyiarkan Iklan Ramadhan dengan sajian daging Babi.

Hari ini, sekali lagi digemparkan dengan Akhbar The Star menghina nama Allah.

Dalam banyak-banyak gambar Eryka kenapa mereka masih mahu memakai gambar yang ada tato Allah di dada penyanyi itu?

Perbuatan ini adalah satu perbuatan yang sengaja dan permohonan maaf sahaja tidak memadai kerana ianya sudah kali kedua dalam jangka masa yang terdekat ini mereka menghina Agama Islam.

Editornya Mr Wong sepatutnya di pecat kerana beliau jugalah yang melakukan kesalahan semasa iklan bulan ramadhan itu.

Ini jawapan Wong Sai Wan "yeaah really sorry guys! Don't know what else to say".

Saya tidak nampak mereka tidak sengaja melakukan kesalahan menghina Nama Allah, mereka sudah lakukan kesalahan dan hukuman tidak diambil, hanya permohonan maaf tidak memadai kerana Penghinaan sudah dilakukan.

Saya mendesak Kementerian Dalam Negeri mengantung lesen mereka selama 1 tahun kerana ini kesalahan ke dua dalam jangka masa 6 bulan.

Sekiranya pihak Kerajaan hanya terima permohonan maaf tanpa tindakan, saya pasti Nama Allah dan Agama Islam akan terus dihina dan di pijak-pijak.

Kerajaan mesti menganbil tindakan tegas kerana ini melibatkan kesucian Agama Islam, dan tindakan yang sama juga diambil sekirany ia terjadi kepada Agama-agama lain.


Mohd Razlan Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Seputeh

K7L : Keris perasan tentang siri-siri tersebut..anda bagaimana?..

2 ulasan:

  1. Selain daripada hanya menerima penjelasan dan permohonan maad the star, KDN sepatutnya mengambil tindakan disebabkan the star terus menerus menghina apa yang berunsur keislaman.

    Antara tindakan yang saya boleh cadangkan adalah dengan mengharam the star daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu dalam laporan dan iklan dalam akhbar mereka seperti Islam, Ramadhan dan sebagainya.

    Contohnya, sekiranya the star diharamkan daripada menggunakan perkataan "Ramadhan" bagi satu tempoh yang lama, pastinya pendapatan daripada iklan buffet Ramadhan akan hilang dan boleh menjejaskan pendapatan the star. The star juga tidak boleh melaporkan apa-apa tentang Ramadhan. Ini tentunya boleh mengajar the star.

    Tentunya dengan mengharamkan istilah-istilah Islam tertentu kepada the star akan menyebabkan akhbar ini dipandang tidak relevan kepada pembaca Islam.

    ReplyDelete
  2. setuju utk gantung lesen selama-lamanya pun tidak apa.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk