Pembongkaran demi pembongkaran dilakukan demi menjelaskan kepada rakyat siapa yang membohong dan siapa yang dianiaya. Salah satu daripada siri pembohongan yang dibawa oleh Fuziah Salleh dan kumpulan Anti-Lynas adalah dimana Australia sendiri menolak untuk membina sebuah kilang nadir bumi atau "rare earth" di sana.
Pekikan dan laungan mereka yang mengatakan ini merupakan satu bahan 'reject' oleh Kerajaan Australia yang kononnya tidak mahu pencemaran radiasi nuklear berlaku di negara mereka dan memindahkan bahaya radiasi itu ke atas rakyat Malaysia adalah satu pembohongan. Keris masih teringat akan video yang dikeluarkan oleh portal politik, Kristis Online mengenai kenyataan YB Tian Chua ketika Himpunan Hijau Dosa 2.0 yang lalu.
YB Tian Chua ada menyebut "We must know that Australian people has strong consciousness about enviroment and Lynas should not take the waste or industry that REJECTED by the Australian People to come to Malaysia."
Tapi anehnya di Australia memang wujud fasiliti pemprosesan nadir bumi (Rare Earth) di Whyalla SA yang dikenali sebagai Arafura. Dan difahamkan kawasan tersebut lebih kurang sama kawasan seperti Lynas di Gebeng, ia bukannya di tengah-tengah gurun atau terpencil! Sebelah lebuhraya lagi!
Yang menariknya Arafura Resources juga punya misi dan visi untuk menjadi pengeluar bahan nadir bumi (rare earth) di Australia dalam jangka masa yang panjang! Arafura Resources Limited ada menjalankan satu projek pemprosesan nadir bumi yang diberi nama 'Nolan Project'. Projek tersebut bertujuan untuk mengeluarkan bahan nadir bumi atau 'rare earth' yang berkualiti tinggi dan berupaya melombong serta memproses bahan tersebut dalam jangka masa sekurang-kurangnya 20 tahun. Mereka meletakkan prospek pengeluaran sebanyak 20,000 tan bahan nadir bumi setahun seiring dengan permintaan dunia. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang bakal menajdi pengeluar bahan nadir bumi dalam memacu kemajuan negara.
Pembaca boleh lihat sendiri di ArafuraResources untuk keterangan lebih mendalam. Tentang maklumat fasiliti pemprosesan bahan nadir bumi yang lebih kurang sama dengan Lynas di Gebeng Kuantan, Pahang.
Maka kepalsuan disebalik timbulnya isu radiasi Lynas ini wujud hanya untuk mengelirukan rakyat. Sebenarnya isu ini bukan satu perkara yang perlu dipolitikkan sehingga mewujudkan rasa takut kepada rakyat hingga ke peringkat nasional. Pada pendapat Keris, YB Fuziah hanya mempolitikkan isu tersebut bagi meraih sokongan bukan demi rakyat. Tidak bersifat rasional dalam memberi maklumat menyebabkan YB Fuziah boleh digelar sebagai Ahli Parlimen yang hanya pandai 'menipu rakyat' dimana sepatutnya dia 'berbakti kepada rakyat'. YB Fuziah adalah seorang yang 'GAGAL'.
K7L : Why Malaysia Not Australia?..sudah terjawab isu tersebut..
YB Tian Chua ada menyebut "We must know that Australian people has strong consciousness about enviroment and Lynas should not take the waste or industry that REJECTED by the Australian People to come to Malaysia."
Tapi anehnya di Australia memang wujud fasiliti pemprosesan nadir bumi (Rare Earth) di Whyalla SA yang dikenali sebagai Arafura. Dan difahamkan kawasan tersebut lebih kurang sama kawasan seperti Lynas di Gebeng, ia bukannya di tengah-tengah gurun atau terpencil! Sebelah lebuhraya lagi!
Maka kepalsuan disebalik timbulnya isu radiasi Lynas ini wujud hanya untuk mengelirukan rakyat. Sebenarnya isu ini bukan satu perkara yang perlu dipolitikkan sehingga mewujudkan rasa takut kepada rakyat hingga ke peringkat nasional. Pada pendapat Keris, YB Fuziah hanya mempolitikkan isu tersebut bagi meraih sokongan bukan demi rakyat. Tidak bersifat rasional dalam memberi maklumat menyebabkan YB Fuziah boleh digelar sebagai Ahli Parlimen yang hanya pandai 'menipu rakyat' dimana sepatutnya dia 'berbakti kepada rakyat'. YB Fuziah adalah seorang yang 'GAGAL'.
K7L : Why Malaysia Not Australia?..sudah terjawab isu tersebut..
0 ulasan:
Post a Comment