15/03/2012

Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Penjual Maklumat Hotel - Tahniah @PMOMalaysia Kerana Kekal Profesional!



Merujuk kepada isu yang dibangkitkan oleh Pengarah Penipuan PKR, Rafizi Ramli bahawa perbelanjaan pertunangan anak perempuan YAB Perdana Menteri di Hotel Shangri-La. Sebenarnya isu ini tidak akan timbul melainkan ada pihak yang menjual maklumat kepada puak pembangkang ini. Maklumlah zaman sekarang duit menjuarai motivasi diri berbanding undang-undang negara mahupun rukun iman dan rukun Islam sebagai seorang muslim dalam hal berkenaan wang. Ada ungkapan anak muda yang menyebut,"Asal dapat sapu je bro!''.

Biarpun Keris bukan seorang ahli perniagaan tetapi kerana sikap Keris yang suka membaca tidak kira buku berkisar apapun menjadikan pengetahuan tentang beberapa bidang dapat difahami. Baiklah! Berkata tentang isu penjualan maklumat kepada pihak pembangkang, Keris melihat situasi ini sebagai satu perkara yang tidak punya etika dalam perniagaan. Pihak pengurusan Hotel Shangri-La harus berwaspada dan mengambil serius tentang bagaimana invois tersebut boleh berada ditangan individu diluar pejabat Shangri-La.


Siasat siapa yang 'menjual' maklumat itu kerana ini merupakan perancangan secara terang-terangan untuk mencalarkan imej pemimpin nombor satu negara. Dimanakah letaknya integriti dan akauntibiliti sesuatu organisasi didalam privasi perkhidmatan pelanggan jika sebarang maklumat pelanggan berada di tangan orang lain? Isunya disini tidak kira mana-mana syarikat mahupun industri yang memberi khidmat kepada pelanggan contoh bank, hotel, telco dan sebagainya harus memahami dan memandang serius privasi dan kesulitan pelanggan. Ini merupakan satu isu menyeluruh kerana bukan tidak pernah kita mendengar kisah kakitangan sektor swasta atau awam yang dibicarakan di mahkamah kerana pertuduhan rasuah, memplagiat karya orang lain, membuat tuntutan palsu, menjual maklumat sebut harga atau tender, menyalahgunakan kedudukan dan kemudahan pejabat untuk kepentingan peribadi, merakam waktu masuk dan keluar pejabat untuk orang lain, memfitnah dan mengumpat rakan sekerja untuk menghalang kenaikan pangkat, memburukkan pemimpin dan pekerja sendiri dan menjalin hubungan intim yang berlebihan dengan staf di bawah seliaan.

Itu semua akan berlaku sekiranya etika perniagaan tidak diamalkan secara mendalam dalam mana-mana organisasi. Jangan sampai masyarakat hilang kepercayaan untuk berurusan. Keris sendiri kini sudah was-was untuk berada di mana-mana hotel jika benar ada maklumat akan dijual. Jika mengikut sudut pandangan Islam, menjual maklumat sama seperti memecah amanah. Islam mengutuk semua perbuatan rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji.

Keris mendesak supaya pihak pengurusan Hotel Shangri-La menyiasat dan membuat tindakan yang bijak dalam menangani hal ini kerana ia melibatkan privasi perkhidmatan pelanggan. Kini pihak pengurusan hotel boleh berterima kasih kepada Rafizi Ramli kerana sekarang sudah banyak pihak tidak percaya untuk membuat sebarang majlis di sana lagi. Ramai sudah mula mempersoalkan integriti dan privasi mereka di mana-mana hotel. Pada siapa harus dipersalahkan? Yang menjual maklumat ataupun yang mendedahkan maklumat? Yang terkesan kini adalah imej Perdana Menteri sendiri namun dalam masa yang sama pihak hotel Shangri-La juga telah hilang kredibiliti dalam industri perniagaan. Apalagi pihak hotel saman sahajalah Rafizi! 

Pihak PMO yang masih tenang dan telah kehadapan secara profesional dalam menangani isu ini, Keris mahu ucapkan tahniah. Jangan khuatir kerana rakyat tahu siapa yang lebih banyak berbohong daripada bekerja untuk mewakili rakyat. Perdana Menteri masih nombor satu di hati rakyat!

What to do now? How?

K7L : Kesian Rafizi sebab cubaan dia kali ini telah memakan diri..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk