06/03/2012

Perarakan AMK Munafik - Terlalu Ramai Yang Hadir! Hebat @farizmusa







Jumaat yang lepas Keris ada tulis pasal mereka ini yang mahu berarak seramai mungkin dengan mesej 'Ayuh semua hadir' [Klik Sini] tapi lucunya yang hadir terlalu ramai iaitu 25 RIBU orang sahaja. Mereka ingin menyerah memorandum yang dijuarai oleh kumpulan 'Pelapor polis tegar PKR' Jingga 13 yang bertajuk "Memorandum Menggesa Kerajaan Palestin Mengenakan Tindakan Ke Atas Malaysia Untuk Menghentikan Hubungan Dagang Dengan Israel" di Kedutaan Palestin.

Mereka mula berkumpul pada jam 2 petang di perkarangan Masjid Tabung Haji dimana yang hadir sebanyak 25 RIBU orang tersebut diketuai oleh Pengerusi Pelapor Polis Tegar Jingga 13, Mohd Fariz Musa yang juga Timbalan Ketua Munafik AMK, Rozan Azen Mat Rasip, 'Pembaca Doa Tipu Bersih' Timbalan Ketua Penerangan Munafik AMK, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (tak popular) Ketua Munafik AMK Selangor, beserta beberapa kerat ahli yang gila publisiti murahan. Hairan sungguh kerana kemana menghilangnya Ketua mereka, Sam Ketot mahupun pemimpin 'Suka Tolak Kuat' Chegubard? Apakah ini tanda perpecahan mereka didalam AMK? Mesej sebenar yang ingin ditonjolkan seolah-olah mahu memberitahu seluruh Malaysia hanya 25 orang daripada PKR yang sibuk nak hantar memo dimana yang lain tidak menyokong mereka. Yang lain mana? Apakah ini petanda puak-puak dan perpecahan didalam PKR?




Rombongan yang 'ramai' itu mula berjalan ke Kedutaan Palestin di jalan U-Thant lebih kurang jam 2.25 petang setelah tahu hanya seramai itu yang hadir. Fariz Musa ketika dalam perjalanan berarak dengan 24 RIBU orang yang lain tidak habis-habis menyatakan konon UMNO berbohong dalam menafikan hubungan dagang dengan Israel, mendakwa Kapal 'ZIM' milik Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang bukti hubungan tersebut wujud dan mencerca UMNO sebagai penipu rakyat dan bersikap hipokrit.

Mereka seperti tidak sedar bahawa mereka sebenarnya yang hipokrit terutama dalam isu 'Anwar Bersama Wall Street Journal' dimana sepatutnya mereka mendesak Anwar namun sebaliknya mereka memilih melakukan diversi dengan mengambil kesempatan ke atas isu Kapal 'ZIM' yang berlabuh di Pelabuhan Klang (berada di Negeri Selangor yang kini dibawah pemerintahan PR). Ternyata mereka sebenarnya cuba menutup isu Anwar [Lihat Video Di Sini] tersebut dengan mengelirukan rakyat. Soalan Keris, siapa yang berbohong? Siapa yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel pada 1996? Siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada tahun 1996?



Memorandum telah diserahkan kepada HE. Abdelaziz Abuhghoush - Ambassador Palestin. Mereka kemudiannya memekik mengatakan UMNO 'double standard' dan menyatakan perasaan 'Munafik' mereka yang kononnya mempertahankan Palestin sedangkan Ketua UMUM mereka menyokong Israel. Siapa yang 'double standard' dalam menghukum? Siapa yang munafik dalam perjuangan? Siapa yang mahu memastikan keselamatan negara Israel?

K7L : Fariz Musa boleh tengok cermin sebelum nak bercakap apa-apa..beria betul nak jadi calon ya?..

5 ulasan:

  1. Assalam Bro

    Buta sejarah ke apa...? Palestin tu nak lawan dgn Israel pun minta bantuan Malaysia... apa ke jadahnya Palestin nak ambil tindakan pada Malaysia... Bodoh tul bebudak ni... dah sunat kea?

    ReplyDelete
  2. perghhh gila ramai beb.. cuak plak aku tgk..

    ReplyDelete
  3. Jangan kata apa2 kat depa, tengah mabuk daun ketong tu.

    ReplyDelete
  4. eeeiiii... ghamai nyeee... takoutttt

    ReplyDelete
  5. Kalau yahudi tengok....mau bergegar bumi israel.....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk