31/03/2012

FAM Perlu Dirombak Baru Malaysia Masuk Piala Dunia?



SHAH ALAM - Isu Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa, yang bakal menghadap Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu, nyata mendapat sokongan moral peminat-peminatnya. Ini berikutan hasil tinjauan Sinar Harian Online melalui facebook hari ini, rata-rata penyokong bola sepak bersetuju dengan kenyataan Annuar mengenai prestasi skuad Kebangsaan, yang dilihat semakin terumbang-ambing, terutamanya dalam misi mempertahankan Piala Suzuki AFF tahun lalu.

Peminat bola sepak merasakan kenyataan Annuar itu hanya satu kritikan membina di mana perubahan harus dilakukan dalam arena bola sepak negara, terutamantya dalam pengurusan badan induk itu sendiri. Seorang peminat yang bernama Rosdan Shafein menganggap sifat kurang bijak hanya akan memakan diri dan merugikan bola sepak negara secara keseluruhannya. Seorang lagi peminatnya yang bernama, Azhar Hamzah berkata, jika kritikan akan membawa kebaikan kepada industri bola sepak negara, maka pihak yang dikritik harus menerima kritikan dengan positif.

"Sebarang kritikan dan pendapat mestilah lahir dari hasil pemikiran yang profesional dan bukanya emosi yang keterlaluan," katanya. Annuar sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskn oleh FAM nanti. Bagaimanapun mereka berharap diberikan keadilan secara saksama. Beliau juga tidak mahu menjangkakan bentuk hukuman yang bakal dikenakan terhadapnya kerana ingin mengelakkan persepsi lain dan akan menghormati apa sahaja keputusan yang dikeluarkan nanti.

Semalam, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bertitah, Annuar telah melakukan satu kesalahan besar dan akan berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib pada 4 April depan untuk mengetahui keputusan kesnya itu. Dalam pada itu, baginda turut bertitah, tindakan Annuar itu merupakan sesuatu langkah yang tidak wajar dan akhirnya memakan diri sendiri kerana seharusnya beliau lebih mengetahui peraturan itu semasa mesyuarat Exco baru-baru ini, yang telah diberitahu oleh Tengku Abdullah supaya jangan lantang memberi keterangan kepada media.

Annuar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bakal berdepan dua pertuduhan iaitu melanggar Artikel 88 di bawah Perlembagaan FAM di mana memberi kenyataan media tanpa kebenaran Presiden dan Setiausaha Agung serta memberi kenyataan bercanggah serta mempertikai keputusan Eksekutif FAM
. - Sinar Harian


Pada pendapat Keris, FAM perlu dirombak dan teras kepimpinannya lebih wajar dibuka kepada individu-individu yang profesional dalam bidang bolasepak. Tidak perlu orang politik mahupun pembesar dalam tadbir urus FAM. Maaf Keris bukan menolak kepimpinan FAM sekarang namun terasa terpanggil setelah melihat perubahan yang dilakukan di negara Eropah dan beberapa negara Asia yang telah layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Mereka memberikan ruang kepada pihak yang profesional dalam sesuatu aspek/bidang/kursus untuk tadbir urus sesuatu badan sukan. Natijahnya mereka berjaya dalam menghasilkan kualiti sukan yang lebih baik. Sudah tiba masanya?

K7L : Mesti ada yang marah dengan kenyataan Keris namun ini cuma pandangan kerdil Keris..sedar diri kita..Keris bercakap atas tiket 'Penyokong Tegar Harimau Malaya'..

2 ulasan:

  1. Memang benar dan betul sama sekali...sebab kalu kepimpinan terdiri dari kalangan profesional yang bermaruah sudah pasti kejayaan akan boleh dilihat dalam masa yang singkat. Jika kegagalan yang dicapai mereka juga kenalah bermaruah untuk meletak jawatan

    ReplyDelete
  2. FAM hanya bijak dalam mengenakan tindakan disiplin dan pelbagai hukuman, tapi tidak didalam strategi untuk menaikan bolasepak negara. Banyak pegawai kaki ampu dlm FAM, mereka ini patut dulu di tendang keluar.

    psst... tak ampu pun x bleh, nak lawan pun tak boleh... timun lah katakannn, nak salah diaorang 100% pun payah.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk