Kiamat tidak akan berlaku selagi ada orang zikir, tasbih dan sebut nama Allah. Tidak berlaku kiamat sebelum Allah tamatkan perkhidmatan orang Islam. Allah buat dunia ini bulat supaya setiap masa (24 jam) ada sahaja orang beribadat dan mengingatinya. Sebab itulah waktu solat,puasa dan raya tidak sama di semua tempat. Dunia tidak boleh kosong dari hubungan dengan Allah. Kita (umat Islam) ini penawar kepada dunia. Selama mana kita patuh pada Allah, selama itulah dunia bertahan. Bila dekat kiamat, Allah matikan semua orang Islam, cabut Al-Quran dari hati orang Islam.
“Kiamat tidak akan berlaku selagi masih ada orang yang menyebut perkataan “Allah, Allah.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Sama-sama kita muhasabah diri. Keris juga tidaklah sempurna mana namun cuba untuk betuli diri ini. Sesungguhnya kita punya kelebihan dan punya kekurangan..
K7L : Yang baik itu datang dari Allah..yang buruk itu datang daripada diri sendiri..
satu info yang bermanfaat - terima kasih.
ReplyDeleteSemoga Allah memberkati. mohon pautkan link blog CT. catsthinker.blogspot.com.tq
ReplyDelete