Nas mana yang kata dengar ceramah PAS boleh bawa ke syurga? Subhanallah. Ini dah boleh jatuh syirik ni. Ajaran apa ni? Masih lagi ada yang percaya PAS ni Islam? Mereka ini berbohong hanya untuk undi sahaja.
Suka berbohong punca kemusnahan
DARIPADA Ibnu Umar, katanya; "Saya dengar Nabi Muhammad saw bersabda: "Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya pada hari kiamat kelak."
Berbohong adalah sifat orang munafik. Rasulullah saw menjelaskan antaranya apabila dia berkata, dia berbohong. Apabila berjanji, dia memungkiri dan apabila diberi amanah, dia khianat.
Maka wajar jika Rasulullah menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan, seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw untuk meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini, Baginda berwasiat kepadanya: "Hanya dengan satu perkara; "Laa Takzib" (Jangan berbohong!)."
Ternyata dengan berusaha melaksanakan nasihat Rasulullah saw, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat Baginda itu.
"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah" Jika saya menjawab, tidak, bererti saya berbohong.
"Jika saya mengaku, bererti saya wajib dihukum," fikir lelaki itu sehingga berhenti daripada berzina
K7L : PAS Isle...bukan Islam..
0 ulasan:
Post a Comment