14/03/2012

Kebajikan Menteri Wilayah @RajaNongChik Memang 'A' - 35 Keluarga Ditawarkan Kemudahan Menyewa Rumah




KUALA LUMPUR 12 Mac - Sikap berlembut dan berhemah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) ditampilkan lagi apabila ia menawarkan kemudahan menyewa rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 35 keluarga yang menolak projek pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi di sini.

Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, tawaran untuk menyewa rumah di PPR Muhibbah, Bukit Jalil itu dibuat melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurutnya, tawaran itu tetap diberikan kepada 35 pemilik berkenaan walaupun mereka telah menerima pampasan RM73,000 bagi setiap unit pada 27 Januari lalu berikutan satu keputusan mahkamah pada 19 Januari lepas.

"Pemilik berkenaan sepatutnya perlu mengosongkan kediaman mereka 14 hari dari tarikh notis pengosongan rumah dikeluarkan.

"Namun, sesetengah daripada mereka tidak mempunyai rumah dan sukar mendapatkan kediaman lain walaupun wang pampasan telah diperoleh," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Beliau berkata, pemilik berkenaan juga tidak hadir pada sesi perbincangan yang sepatutnya berlangsung Isnin lepas bagi membolehkan KWPKB menyelesaikan masalah keperluan kediaman keluarga terlibat.

"Sungguhpun begitu, KWPKB memutuskan untuk menawarkan (kepada mereka) kemudahan penyewaan rumah PPR di bawah kelolaan DBKL dengan mengikut syarat-syarat sama yang dikenakan kepada penyewa PPR lain," katanya.

Ahmad Phesal menambah, tindakan itu membuktikan kementerian amat prihatin dan mengambil tindakan yang wajar serta saksama dalam usaha membantu mereka mendapatkan kediaman yang selesa dan kualiti kehidupan lebih baik.

Dibangunkan pada 1970 dan mula diduduki pada 1974, rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi tersebut kurang sesuai untuk diduduki lagi kerana saiznya yang kecil.

Setiap unit rumah itu hanya mempunyai satu atau dua buah bilik selain berada dalam keadaan usang dan persekitaran tidak kondusif. - Utusan -

K7L : InsyaAllah ramai lagi menyusul dalam membantu rakyat di Wilayah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk