03/03/2012

Biadap! - Kalimah ALLAH Dipermainkan Oleh Kerajaan PR Selangor? @Khalid_Ibrahim @KhalidSamad


Keris amat terkejut setelah membaca blog Selangor13 yang memetik tulisan
Halizan Puchong berkenaan dengan isu Kalimah Allah daripada jata kerajaan negeri Selangor. Biadap! Khalid Ibrahim harus beri penjelasan dan Keris pohon semua bloggers mahupun pembaca mendesak MB Selangor ataupun mana-mana Exco Negeri Selangor supaya tampil kehadapan memberi penjelasan dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor.

Ini adalah suatu perkara yang besar dan tidak boleh dibuat main-main. Dengan terjadinya begini, pada siapa harus dipersalahkan?


Siapa yang harus dipertanggungjawabkan dengan tersisinya kalimah Allah dari jata kerajaan negeri Selangor?

Adakah ini petanda kuasa Islam dinegeri tercinta ini kian terhakis dan dengan terhakisnya kekuasaan Islam di Selangor, pihak-pihak yang berkenaan boleh berbuat sesuka hati?


Apakah dengan dicerminkan 'billboard' air percuma kepada rakyat Selangor, maka Kalimah Allah telah boleh disisikan dari jata kerajaan negeri Selangor?

Tidakkah pihak yang menjadi pentadbir negeri Selangor yang majoritinya Muslim terkesan dari apa yang terjadi kepada iklan yang memaparkan perkhidmatan kerajaan mereka kepada rakyat Selangor?


Perbuatan durjana seperti diatas dan digambar dibawah jelas menunjukkan agama Islam sudah menjadi bahan mainan kepada mereka didalam Pakatan Rakyat.


Inilah hasil pengISLAMan PAS kepada Pakatan Rakyat yang dibanggakan oleh kepimpinan PAS sehingga Kalimah Allah dipermainkan hatta dalam memberitahu rakyat Selangor tentang perkhidmatan mereka.

K7L : Apa tindakkan susulan?..penjelasan?..laporan polis?..atau tukar Kerajaan Selangor? Keris anak jati Selangor..jangan dicabar ye tuan-tuan...

1 ulasan:

  1. kempen selamatkan perkara 153 perlembagaan malaysia.
    sejak akhir-akhir ini perkara 153 perlembagaan malaysia dengan beraninya telah dicabar dan disentuh samada secara lansung atau tidak lansung olih parti ultra kasiu dap dan perkara ini tidak selamat untuk keamanan malaysia dan perkara 153 itu sendiri.
    mengapa ini tidak terjadi?
    ada beberapa jawapannya. tetapi aku hanya mahu membincangkan jawapan tentang kegagalan bangsa melayu memahami dan membuat tindakan yang selaras dengan undang-undang dan memahami bagaimana undang-undang itu ditafsirkan. aku ambil satu contoh iaitu suatu kes yang mana karpal singh yang telah dituduh di bawah akta hasutan tetapi pihak pendakwa gagal membuktikan adanya. Ini disebabkan dalam kes itu mahkamah tidak melihat bukti wujudnya kegusaran orang melayu di atas perkataan yang dibuat olih karpal singh kerana tiadanya tindakan olih bangsa melayu bagi menyatakan kegusaran terhadap perkataan kapal singh itu. kita kena ingat dalam setiap perbicaraan mahkamah mahu melihat sesuatu kes itu mempunyai keterangan dan bukti yang kukuh. dalam kes itu ketiadaan report polis, tiadanya bantahan seperti demontrasi secara aman atau memerondum kepada karpal singh, dap dan kerajaan malaysia menyebabkan pihak mahkamah melihat tiada unsur hasutan kerana tiada reaksi atau kesan secara lansung yang diberi olih bangsa melayu. maknanya di sini bangsa melayu kena bangkit mempertahankan perkara 153 perlembagaan malaysia itu. dan kebangkitan itu hendaklah dengan bijaksana dan selaras dengan kehendak undang-undang, janganlah bangkit seperti jebat derhaka kerana akhirnya kesalahan jebat derhaka adalah membuat onar maka mempertahankan tuah telah menjadi tidak releven.
    jika sesiapa melihat, mendengar dan merasakan sesuatu yang telah diperkatakan dan dibuat olih pihak dap yang mana ianya mempunyai unsur menghasut dan mempersoalkan perkara 153 perlembagaan malaysia, dengan segala takzimnya anda diminta membuat perkara berikut :-
    1. membuat report polis - sebanyak mungkin report berkenaan lagi baik. keberkesanan report polis ini terbukti dalam kes lgbt gagal dalam permohonanya membuat demontrasi kebebasan seksual kerana adanya report polis olih pelbagai pihak yang menyatakan kegusaran mereka terhadap implikasi tindakan lgbt tersebut. moralnya kita kena menyatakan bantahan kita selaras dengan kehendak undang-undang dan sebagaimana peruntukan undang-undang itu sendiri. undang-undang tidak akan membantu kita sekiranya kita bertindak diluar batas undang-undang walaupun perbuatan itu pada pandangan kita adalah benar.
    2. membuat bantahan contohnya demontrasi aman - akta perhimpunan aman telah diluluskan, gunakanlah akta ini sebijak dan sebaik mungkin. kita lihat bagaimana pihak pembankang mengimpimentasikan akta ini dengan berkesan. cuma aku nasihatkan agar memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat demontrasi atau perhimpunan awam.
    3. membuat memorandum dan menyerahkan memorondum kepada raja-raja, ydpa, pm dan kepada parti politik yang menimbulkan sesuatu isu yang berbau atau berunsur mempersoalkan perkara 153 perlembagaan malaysia.
    ayuh perkasa dan semua pertubuhan melayu jangan mendiamkan diri kerana menurut bidalan lama orang melayu "diam ertinya bersetuju" yang mana dalam konteks ini diam anda apabila perkara 153 perlembagaan malaysia dipersoalkan makanya anda bersetuju dengan mereka yang mempersoalkannya. jangan jadi majoriti senyap kerana senyap membuatkan mahkamah melihat tiada unsur hasutan, sebagai rakyat malaysia kita hendaklah bertindak selaras dengan kehendak undang-undang dan bagaimana undang-undang itu ditafsirkan olih mahkamah. dan jangan juga menggunakan perkataan tidak senonoh seperti bodoh, anjing, babi dan lainnya serta perkataan menghina seperti .... balik kampung/negara dan sebagainya. bijak dan berhematlah dalam menyatakan hak dan perasaan anda.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk