بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Alhamdullilah bersyukur ke hadrat ilahi sudah 54 tahun kita merdeka. Hati Keris tersentuh apabila melihat semula sejarah kemerdekaan Malaysia. Perjuangan tanpa pertumpahan darah oleh UMNO yang juga disertai MIC dan MCA berjaya membebaskan Malaya dari penjajahan British.
Jika kita jelas mengenai siapa dan bagaimana merdeka itu diperjuangkan, khususnya masyarakat melayu di Malaysia, sudah pasti anda semua akan faham apa itu erti kemerdekaan dan siapa pejuang sebenar ambang kemerdekaan. Bagi yang tidak celik sejarah dan tidak mahu mengenal sejarah, kamu meletakkan diri didalam golongan yang tidak mengenal erti merdeka, maka jangan sesekali bicara tentang PERJUANGAN!
Kata-kata Mantan Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj membuatkan bulu roma Keris meremang serta menitis airmata. Keris ingin sangat berada di zaman itu, di mana MELAYU itu SATU, dengan nama PERJUANGAN yang telus.
Bentak hati Keris " Aku lebih rela berjuang di zaman ambang kemerdekaan kerana aku inginkan semangat perjuangan itu, kerana di zaman ini, MELAYU itu bukan lagi SATU malahan lebih kepada MELAYU HANCURKAN MELAYU. Tetapi demi agama,bangsa dan negara, Keris akan bersama dengan saudara-saudara yang lain dalam perjuangan yang masih belum selesai!"
Komunis bukan berjuang untuk merdeka, tetapi mereka berjuang untuk mereka memerintah!.
Jika punya kesempatan Keris akan menulis mengenai siapa dan apa perjuangan Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu.
Kepada yang masih tidak faham akan sejarah Malaysia, dinasihatkan supaya merujuk kepada para cendiakawan dan sejarawan negara. Jika dikatakan sejarah ditulis mengikut kemahuan pemerintah, bagaimana pula dengan sejarah Khulafa' Ar-Rasyidin?, apakah sejarah mereka mengikut kehendak mereka?.
Buat mereka-mereka yang mempersoalkan serta menidakkan perjuangan UMNO dan Parti Perikatan dalam memerdekakan Tanah Melayu (Malaysia), buat kali yang kedua Keris nasihatkan jangan sesekali bicara tentang perjuangan.

"Merdeka akan tercapai pada 31 haribulan Ogos 1957 dan pada hari itu suatu pengisytiharan ataupun 'proclamation' akan dibacakan kepada orang-orang di TANAH MELAYU ini. Kita hendaklah mengahdapi dunia baru ini dengan berani dan keyakinan dan keazaman hendak hidup dan berjaya sebagai satu bangsa yang mulia. Marilah kita tidak kira apa bangsa keturunan kita berazam, menumpah kasih dan taat setia kita kepada negri ini sahaja. Hendaklah kita rela dan bersedia mempertahankan negri kita ini dengan jiwa raga kita.''
Kata-kata Mantan Perdana Menteri kita yang pertama iaitu Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj membuatkan bulu roma Keris meremang serta menitis airmata. Keris ingin sangat berada di zaman itu, di mana MELAYU itu SATU, dengan nama PERJUANGAN yang telus.
Bentak hati Keris " Aku lebih rela berjuang di zaman ambang kemerdekaan kerana aku inginkan semangat perjuangan itu, kerana di zaman ini, MELAYU itu bukan lagi SATU malahan lebih kepada MELAYU HANCURKAN MELAYU. Tetapi demi agama,bangsa dan negara, Keris akan bersama dengan saudara-saudara yang lain dalam perjuangan yang masih belum selesai!"
Komunis bukan berjuang untuk merdeka, tetapi mereka berjuang untuk mereka memerintah!.
Jika punya kesempatan Keris akan menulis mengenai siapa dan apa perjuangan Parti Komunis Malaya suatu ketika dahulu.
Kepada yang masih tidak faham akan sejarah Malaysia, dinasihatkan supaya merujuk kepada para cendiakawan dan sejarawan negara. Jika dikatakan sejarah ditulis mengikut kemahuan pemerintah, bagaimana pula dengan sejarah Khulafa' Ar-Rasyidin?, apakah sejarah mereka mengikut kehendak mereka?.
Buat mereka-mereka yang mempersoalkan serta menidakkan perjuangan UMNO dan Parti Perikatan dalam memerdekakan Tanah Melayu (Malaysia), buat kali yang kedua Keris nasihatkan jangan sesekali bicara tentang perjuangan.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!"Biarkan bertatih asalkan langkah itu yakin dan cermat bagi memastikan negara merdeka dan bangsa terpelihara air mata sengsara mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita"
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Menitis airmata melihat filem 1957 : Hati Malaya. 31 Ogos 1957, titik pengakhiran penjajahan anasir luar selama 446 tahun ke atas bangsa mealyu. Tapi kini ada melayu yang menyerahkan leher untuk dijajah.
Aku bersam kau Keris..Melayu harus faham dan kenal apa itu merdeka..jangan jadi MAT SABUN..sejarah dia sendiri pon dia boleh lupa..ayuh melayu bersatu!
ReplyDeleteMerdeka!..Merdeka!..Merdeka!..
ReplyDelete