22/04/2013

Peneroka Akan Sokong Calon BN Bukti Mereka Tidak Terhasut Dengan Dakyah Mazlan Aliman!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ada cakap bahawa kecekapan dan iltizam kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam memajukan Felda tidak mampu ditiru oleh mana-mana negara di seluruh dunia.

Katanya, ada kerajaan di Afrika yang cuba membuat satu organisasi seperti Felda tetapi tidak berjaya kerana mereka tidak seperti kerajaan Malaysia pimpinan BN.

Sehubungan dengan itu...chewah! Dah macam pemberita pulak Keris. Hehe. Ya Keris happy sebab berita daripada Felda seluruh Malaysia amat memberangsangkan. Kerusi di Felda adalah sebanyak 54 kerusi Parlimen dan 92 kerusi DUN.

Antara Calon yang akan bertanding di kerusi berkaitan Felda adalah, Pengerang – Azalina Othman, Kota Tinggi – Dato’ Ehsan, Semberong – Hishammudin Tun Hussien, Jempol – Tan Sri Isa Samad, Sekijang – Anuar Manap, Rompin – Dato’ Jamaluddin Jarjis, Jengka – Wan Salman, Pangkor – Zambri Kadir, Pokok Sena – Shahlan dan ramai lagi nama-nama calon yang punyai kredibiliti untuk membela nasib peneroka Felda.

Berbeza dengan Presiden Anak yang cakapnya berdegar-degar pasal peneroka Felda. Macam-macam hasutan cuba dilakukan namun akhirnya dia sendiri tidak bertanding mana-mana kerusi.

Jika benar dia yakin peneroka Felda menyokongnya, sudah tentu dia akan bertanding di Tenggara memandangkan dia juag YDP PAS Tenggara. Tapi takut kalah dan pengecut. Keris ada tulis panjang lebar pasal benda ni kat [SINI]

Kalau di Sabah pula Keris kongsikan berita daripada Bernama :

Penduduk gugusan Felda Sahabat, yang terjejas berikutan serangan pengganas Sulu pada Mac lepas, yakin Barisan Nasional (BN) mampu memperoleh kemenangan besar di kerusi Parlimen Silam dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tungku pada pilihan raya umum ke-13.

Penduduk khususnya di Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu percaya calon-calon BN boleh mengembalikan keamanan dan pembangunan di kampung mereka yang musnah teruk akibat serangan penceroboh dari Selatan Filipina itu.

Calon BN bagi DUN Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said akan mempertahankan kerusi itu manakala penyandang kerusi DUN Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Mansur bertukar ke Parlimen Silam.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmod Mallang, 72, berkata penduduk kampung itu telah berikrar untuk menyatakan sokongan kepada BN yang terbukti sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat.

"Tidak mungkin penduduk kampung di sini akan lupa dengan semua jasa dan sumbangan kerajaan kepada kami. Kami telah berikrar untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) diteruskan," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kerajaan BN sebelum ini telah banyak membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka, dengan pemberian enjin bot secara percuma kepada nelayan dan kemudahan asas yang lain kepada penduduk kampung.

Tinjauan Bernama di kampung berkenaan mendapati rumah yang mengalami kerosakan kecil seperti kerosakan dinding dan atap akibat serangan penceroboh sudah mula dibaiki oleh kontraktor yang dibayar kerajaan sejak lima hari lepas.

Sementara itu, penduduk kampung Tanjung Labian, Arip Abdul Talib, 54, berkata beliau menyokong calon BN itu kerana mahu Najib terus mentadbir negara.

Sambil menyatakan keyakinannya yang BN mampu menang selesa di kawasan itu, beliau berharap calon parti itu boleh memahami keperluan rakyat dan membawa perubahan yang lebih baik kepada penduduk kampung.

Menurut rekod Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 671 pengundi yang terdiri daripada penduduk Kampung Tanjung Labian, Sungai Merah dan Lok Sambuang mendaftar untuk mengundi di Sekolah Tanjung Labian.

Sementara itu, Rahim Abd Latif, 29, berkata beliau yakin BN boleh mendapat kemenangan besar di kawasan itu kerana parti itu disayangi penduduk kampung.

"BN masuk kampung pedalaman bantu rakyat, pembangkang ini pula masuk hanya tabur janji dan buruk-burukkan kerajaan...tengoklah nanti kempen baru nampak mereka (pembangkang)," katanya. - BERNAMA


K7L : 2/3 Insyaallah!

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk