25/04/2013

Sadakallahulazim Khalid Ibrahim di Pelabuhan Kelang? #IsuAirSgor



Ini semua poyo beb! Serius poyo sebab si Oppa Khalid Loser yang sedang dibenam oleh rakan PKR sendiri untuk bertanding di Parlimen Pelabuhan Klang, kubu kuat penentang PKR semakin lama semakin menjadi-jadi poyo beliau.

Angin perubahan bertiup kencang di DUN Pelabuhan Klang kerana penduduk di sana dahagakan pembangunan. Letak Khalid di sana ia akan sekaligus menyebabkan MB Selangor yang tersohor bakal menguburkan kerjaya politiknya di kawasan DUN itu pada 5 Mei ini.

Kalau masa Khalid pegang kerusi Ijok dan Bandar Tun Razak tiada perubahan yang telah dilakukan, janganlah mimpi akan berlaku pembangunan 5 tahun di Pelabuhan Kelang akan datang. Manifesto bukan Janji.

Calon BN yang akan bertanding bersama Khalid bagi kerusi DUN Pelabuhan Klang Datuk Nasaruddin M. Zin berkata kegagalan Khalid menjalankan fungsinya sebagai menteri besar dan anggota Dewan Undangan Negeri di DUN Ijok menyebabkan kredibilitinya
hilang di mata penduduk di situ.

"Siapa dia, sebagai MB pun dia tak pernah majukan kawasan sekitar Pelabuhan Klang."

Ini Keris nak cerita sikit pasal Bandar Tun Razak, sebelum ini Keris duduk di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Sepanjang Keris di sana, nak nampak batang hidung si Oppa Khalid Loser ni bukan main payah. Jangankan hidung, tayar kereta dia pun Keris tak pernaha nampak.

Lagi best bila air tak ada dan terganggu bekalan air akibat kesengalan si Oppa Khalid Loser yang gagal tadbir urus air di Selangor sehingga meninggalkan kesan ke kawasan Wilayah Persekutan yang bergantung harap bekalan air bersih dan terawat daripada Selangor.

Masa tak ada air pun tak nampak beb dia mana. Bayangkan eh dekat lima tahun dia jadi wakil rakyat selepas pengundi Bandar Tun Razak tertipu dengan drama Anwar, berapa kerap dia melawat kawasan?

Rasanya orang Bandar Tun Razak sendiri ada merungut dan complain pasal Menteri Besar Selangor yang sedang disembelih rakan PKR tu :



Dengar tak rungutan tersebut? Haha! Ini semua memang poyolah Oppa Khalid Loser ni! Memang patut pun elaun Ahli parlimen serta bayaran gratuity selepas berkhidmat menjadi wakil rakyat, tidak layak diberikan kepada Oppa Khalid Loser.

Ini Keris tak cerita lagi di Ijok. Kita cerita satu-satu dulu. Masalah air yang terganggu di Bandar Tun Razak tidak diambil perhatian penuh. Ada tu datang tempat kroni sahaja, walhal amanah dan tanggungjawab dia kepada semua kerana dia telah menang pada pilihanraya.

Inilah amalan kronisme yang memang tebal didalam PKR. Bayangkan kisah makcik yang kena bawak baldi untuk naik blok bawa ke rumah tetapi di blok sebelah yang merupakan kroni Khalid dapat pam air terus ke rumah.


Setelah kesengsaraan penduduk Bandar Tun Razak, apakah halal duit yang diterima walhal dia tidak buat kerja turun padang atau selesaikan masalah rakyat? Sebenarnya Khalid ini boleh dijadikan modal selain Teresa Kok, Lim Guan Eng , Azmin Ali dan ramai lagi yang bertanding dua kerusi.

Macam di Putrajaya si penipu Husam Musa bertanding satu di Wilayah Persekutuan dan satu lagi di DUN Salor, Kelantan. Dua tempat yang berjauhan, bayangkan bagaimana nak manage betul-betul dan focus kepada permaslahan setempat? Kira macam PAS PIS PUS ni dah tak cukup calon sampai kena bertanding kat dua kerusi.

Bercakap pasal masalah air, di Selangor puncanya adalah Khalid Ibrahim. Penuh dengan sabotajnya kepada SYABAS, penuh dengan tuduhan kepada Barisan Nasionalnya, tuduh orang tu dan orang ini, rancang itu dan rancang ini, kaji itu dan kaji ini tapi semuanya dengan air liur tanpa tindakan susulan mengakibatkan krisis air di Selangor berterusan dan semakin hari menjadi semakin kritikal.

Jadi nak beri peluang lagi kepada orang yang hancurkan Selangor? Nak bagi peluang lagi kepada orang yang tamak Kerusi Parlimen dan DUN? Jangan lagi bertaruh pada perubahan yang membawa kepada kemusnahan.

Orang Selangor pasti tahu apa yang Keris nyatakan dan rakyat Malaysia harus sedar, jangan terus dihasut kerana Barisan Nasional membawa kepada Better Nation, bukan Bersih di jalanan.

K7L : Semua yang bertanding dua kerusi jangan undi..tamak kuasa.

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk