16/04/2013

Projek Biogas #Felda Mampu Jana Kuasa Elektrik Menjelang 2018!



Kesemua 71 buah kilang sawit milik Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) di seluruh negara akan mempunyai loji biogas untuk menjana kuasa elektrik menjelang tahun 2018. Pada masa ini sebanyak 12 kilang sawit melalui anak syarikatnya, Felda Palm Industries Sdn. Bhd (FPISB) telah mempunyai loji janakuasa biogas di pelbagai lokasi di seluruh negara.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, pihaknya juga membuat kajian untuk mempelbagaikan penggunaan biogas mengikut kesesuaian dan teknologi. Projek biogas adalah sebahagian daripada program 'Feed In Tarif' (FIT) oleh Kerajaan Malaysia untuk memelihara alam sekitar.


Di bawah skim ini, tenaga elektrik dijana daripada bahan biomas atau biogas dan sekiranya dijual kepada grid nasional Tenaga Nasional Bhd. (TNB) layak untuk bayaran pada kadar antara RM0.31 hingga RM0.32/KWj.

''Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada biogas boleh meningkatkan hasil tempurung dan sabut biomas dimana ia mampu menghasilkan pendapatan sampingan antara RM800,000 hingga RM1 juta setahun.

''Penggunaan biogas untuk menjana tenaga elektrik juga menghasilkan manfaat ekonomi kerana ia mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan enjin diesel dalam kilang-kilang minyak sawit.

''Ia juga menyumbang penjimatan kira-kira RM200,000 hingga RM300,000 setahun,'' katanya kepada pemberita selepas perasmian pembekalan tenaga ke grid nasional di loji janakuasa biogas Kilang Sawit Serting Hilir, Negeri Sembilan.


FPISB melabur sebanyak RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi loji janakuasa tersebut dengan menghasilkan kira-kira 400 hingga 600 meter padu biogas sejam.

TNB bakal mengagihkan tenaga boleh diperbaharui biogas ke kawasan-kawasan di Negeri Sembilan termasuk Pusat Latihan Polis Air Hitam, Jempol pada kadar tarif sebanyak RM0.318 sen/kWh.


Isa berkata, loji janakuasa hijau kedua akan siap tidak lama lagi di Jengka, Pahang. Katanya, apabila beroperasi pada tahun ini, projek usahasama RM120 juta dengan TNB itu akan membekalkan 12.5MW kepada grid nasional.

''Sebagai pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, FGV mempunyai komitmen untuk menunjukkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab terutama berkaitan alam sekitar, keperluan masyarakat tempatan dan negara,'' katanya.

K7L : Tahniah Felda!..maju dan maju!..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk