09/04/2013

Haji Hadi Sahkan PAS Milik DAP - Ahli PAS Mula Bimbang?






Wuhuuu!.. Keris terima panggilan daripada saudara yang dahulunya menyokong PAS tapi dah sokong UMNO. Katanya ramai rakan-rakan PAS mengeluh dengan tindakan Haji Hadi yang seakan cuba 'menyerahkan' lambang PAS untuk dipergunakan oleh DAP.


Kini PAS sangat terdesak untuk menerima undi daripada penyokong DAP. Apa punya turr dahhhhh.


ALOR SETAR 7 April - Pas tidak akan menarik semula persetujuannya membenarkan DAP menggunakan lambang parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) meskipun menimbulkan keresahan ahlinya di peringkat akar umbi.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kebenaran berkenaan diberikan kerana Pas dan DAP mempunyai persefahaman bersama atas konsep resolusi yang disepakati antara parti dalam pakatan pembangkang.

"Kita bersedia beri DAP guna lambang Pas kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah sempena pelancaran manifesto PRU-13 pakatan pembangkang khusus untuk negeri ini di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang semut di sini malam tadi.

Baru-baru ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk bertanding menggunakan lambang Pas dalam PRU-13 jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan pendaftaran DAP ekoran kesilapan pada pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu.

Bagaimanapun kenyataan tersebut menimbulkan keresahan ahli Pas di peringkat akar umbi malah bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha secara tegas menyatakan ahli-ahli parti akan menghukum parti itu pada PRU-13 jika benar keadaan tersebut berlaku.

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa turut bersuara dalam isu berkenaan dengan meminta Kit Siang dan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuat pengumuman secara terbuka supaya semua ahli Pas tahu pendirian mereka terhadap tiga perkara utama yang menjadi dasar perjuangan Pas sebelum meneruskan hasrat menggunakan lambang parti tersebut,

Dalam pada itu, Abdul Hadi menyifatkan Nasharudin sebagai seorang ahli Pas biasa yang tidak mengikuti perkembangan mengenai isu penggunaan lambang parti tersebut oleh DAP.

"Dia lama tidak hadir mesyuarat, tidak ikut perkembangan. Kita anggap beliau seorang ahli biasa yang tidak ikut perkembangan," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi dilihat cuba memanipulasi mengenai peribahasa Inggeris better the devil you know than the angel you don't yang digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam tulisannya bagi memberikan hujah dan mewajarkan tindakan Pas bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Sedangkan maksud sebenar pepatah itu ialah lebih baik orang yang dikenali daripada orang yang tidak dikenali.

Kata Abdul Hadi, lebih baik Pas berkerjasama dengan orang bukan Islam yang dikenali daripada bekerjasama dengan syaitan yang dikenali.

Ditanya kemudiannya apakah 'syaitan' yang disebutnya itu merujuk kepada UMNO, Abdul Hadi berkata, soalan itu perlu ditujukan kepada Dr. Mahathir dengan mendakwa kononnya beliau hanya mengulangi 'amanat' bekas Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu, Presiden Pas berkenaan berkata, Pas tidak bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa UMNO tidak setia dalam persefahaman mereka ekoran pengalaman dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan pada tahun 70-an.

Kata beliau, pernah suatu ketika Kelantan 'dirampas' secara pengisytiharan darurat selepas berlaku hura-hara di negeri berkenaan yang didakwa beliau 'dilakonkan' oleh kumpulan tertentu.

"Ini sejarah yang kita sedar, maka kita lebih baik kita berkawan dengan orang bukan Islam yang kita kenal daripada syaitan kita kenal juga," katanya.

Beliau juga menuduh UMNO yang menerajui BN dalam pentadbiran Kerajaan Pusat tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat dan negara.

"Baik dengan UMNO ini, pikul biawak hidup. Baik kita buat pakatan selesaikan dengan cara kita sendiri," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi mendakwa, pakatan pembangkang telah memuktamadkan 99 peratus senarai calon yang akan bertanding pada PRU-13. - Utusan


K7L : Ini semua poyo!!!...

1 ulasan:

  1. salam2all,

    Bisnis sekejap, jom check out promosi kapsul herba pacak langit untuk tegang lebih lama, rm100 utk 3 botol, klik di bawah untuk keterangan lanjut.

    kapsul herba pacak langit tegang lebih lama

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk