23/04/2013

@MctheoryCroniez Dedahkan Penyelewengan PAS Kedah Pasal Sekolah Agama? #GE13 #PRU13



Mctheory dah mula panas masa dia call Keris semalam. Bukan main marah dia. Maunya dia tak marah bila tahu sekolah agama pun jadi mangsa kerakusan puak PAS seleweng duit. Apa yang Mc marah sangat? :

Mc terkejut pada mula membuka helaian laporan audit satu sekolah Agama yang telah lama bertapak di Kedah ni. Maktab Mahmud, sekolah agama yang dikatakan terbaik di seluruh Kedah. Sekolah agama idaman pada ibu-bapa yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama secara serius.

Bila sebut nama Maktab Mahmud, akan ada satu standart dan level khas dalam pemikiran orang Kedah. Malah untuk menjadi pelajar Maktab Mahmud juga bukan mudah, perlu melalui pelbagai ujian sebelum dapat dilantik menjadi pelajar di Maktab Mahmud.

Begitu besarnya nama Maktab Mahmud di pemikiran orang Kedah. Selama lebih 50 tahun BN memerintah, Maktab Mahmud telah menjalankan tugas mendidik dan melahirkan ramai ilmuan agama, bertindak cemerlang dan tak pernah pula Mc mendengar masalah penyelewengan dan masalah pengurusan.

Bila Kedah jatuh di tangan Pas. Parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Sepatutnya Maktab Mahmud menjadi lebih cemerlang dan terbilang dibawah Pas, namun ia tak jadi begitu, ia jadi terburuk pulak. Pengurusan yang tidak cekap, pegawai tidak mempunyai 'punch card', laporan akaun yang serabut dan keliru. Malah ada laporan audit yang agak misteri, seperti pembayaran wang tidak mempunyai resit, ada dua nombor resit yang sama dan pembayaran Maktab Mahmud, diletakkan atas nama pengetua, bukan atas nama institusi.

Kalau Mc dan rakan lain tulis dalam blog dengan kosong, tanpa bukti, orang akan kata kami ni tipu, fitnah!


Mc dan rakan blogger Kedah lain tak fitnah, kami mempunyai laporan lengkap audit dalaman dan kami akan dedahkan satu per satu. Mc percaya pada waktu ini sudah ada pemimpin Pas Kedah yang sudah berpeluh, kerana pekung mereka akan dibongkar oleh kami.

Sebab tu Mc kata, puak Pas ni puas mengutuk Kerajaan UMNO/BN dikatakan tidak telus, rasuah, kroni dan sebagainya. Tetapi bila mereka dapat kuasa, mereka jadi lebih teruk dari orang yang mereka tuduh! Mereka tuduh kita rasuah dan penyelewengan tanpa bukti! Tapi kita dedahkan penyelewengan mereka dengan dokumen dan fakta! Mari kita lihat siapa yang kena!

Kalau mengikut laporan audit yang kami terima, hampir semua Maktab Mahmud diseluruh Kedah mempunyai masalah audit dan pengurusan. Tapi paling teruk ialah Maktab Mahmud Alor Setar, tidak ada sebarang rekod!


Maknanya tidak ada rekod kewangan, resit, pembayaran dan lain-lain? Dahsyat!! Tengok lagi helaian dokumen di 
Kedah Ke KL

K7L : Sekolah agama pun jadi mangsa..Islam tak ajar semua ni..

2 ulasan:

  1. tak boleh belah PAS ni..smalam mat sabu berucap kat dataran shah alam kata seru rakyat ubah sebab penyelewengan kerajaan..skang depa sendiri seleweng..apa cerita!

    ReplyDelete
  2. Video Mustafa Ali Bahagian2 tersebar Panasssssssss........ di sini >>.
    http://bnbesut.blogspot.com/2013/04/video-mustafa-ali-bahagian2-ke.html

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk