26/04/2013

#HusamPenipu - Pemecatan AJK Surau Fitnah Husam Terhadap JAWI Terbongkar!


Aduhai! Semakin lama semakin banyak penipuan yang dibuat oleh Husam Musa, calon orang luar PAS yang bertandig di Putrajaya. Begitu terdesak setelah melihat pengundi Putrajaya tidak mengambil minat terhdap dirinya maka dia timbulkan beberapa penipuan berbentuk fitnah untuk meraih simpati.


Semua ini terjadi selepas dia membisu untuk menjawab isu salah baca klik--> Husam Kantoi Salah Baca Ayat Al-Quran

Katanya Kerajaan Barisan Nasional Zalim sebab pecat AJK Surau Abd Rahman Auf di Presint 11 telah berlaku :


Dan sejurus selepas itu pihak JAWI telah memberi maklumbalas :

MAKLUM BALAS JAWI MENGENAI ISU PEMECATAN AJK SURAU ABD RAHMAN AUF, PRESINT 11 MELALUI FACEBOOK , P -125, PUTRAJAYA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

1. Pertama sekali pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas keprihatinan semua pihak berhubung isu yang tersebut di atas.

2. Justeru,pihak JAWI telah terpanggil untuk menjernihkan keadaan agar ianya tidak menjadi bahan fitnah terhadap kredibiliti dan integriti JAWI dalam pengurusan hal ehwal Islam dan umatnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Berikut Kronologi isu pemecatan AJK Surau Abd Rahman Auf, Presint 11 melalui Facebook , p -125, Putrajaya

1. 23 April 2013(Selasa) - Unit Pengurusan Kariah, JAWI Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik. Salah sebuah surau yang dihubungi adalah Surau Abdul Rahman Auf, Presint 11,Putrajaya. Pengerusi surau telah memaklumkan bahawa Dato’ Husam Musa telah hadir ke Surau tersebut pada 20 April 2013(Sabtu) dan beliau menunaikan Solat Isya’ berjemaah di situ. Kehadiran Datuk Husam tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau. Setelah selesai Solat Isya’, Datuk Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5 -10 minit berkenaan kisah Nabi Yusuf.

2. Pada 24 April 2013(Rabu) - AJK Surau Abdul Rahman Auf telah diminta untuk berjumpa dengan YBhg Datuk Pengarah JAWI di pejabat Aras 11, Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi memberikan penjelasan lanjut berkaitan perkara ini. Perjumpaan tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Operasi, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai Unit Kariah dan Unit Penguatkuasa JAWI Cawangan Putrajaya. Manakala AJK Surau Abd Rahman Auf diwakili oleh Encik Wan Nazeri, Pengerusi Surau dan Encik Zaharman, Bendahari Surau. Sewaktu ditanya berhubung kejadian tersebut, pengerusi memaklumkan bahawa beliau tiada di surau pada waktu itu , walaubagaimanapun beliau tidak dapat mengenalpasti siapa jawatankuasa lain dan imam yang ada bersama pada masa tersebut tetapi beliau mendapat maklumat bahawa selepas menunaikan Solat Isya’ berjemaah. Dato Husam telah menyampaikan tazkirah selama 5-10 minit berkaitan dengan kisah Nabi Yusuf.

3. Isu pemecatan SERTA MERTA AJK Surau semasa perjumpaan tersebut sebagaimana yang didakwa di facebook P-125 Putrajaya pada 25 April 2013(Khamis) adalah TIDAK BENAR. Surau Abdul Rahman Auf merupakan surau biasa , bukan Surau Jumaat. Pelantikan AJK surau tidak melalui Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Walaubagaiamanpun, semua surau sama ada surau biasa, Surau Jumaat dan Masjid adalah terikat dengan Akta 505 dan surat arahan pekeliling Masjid/Surau Bilangan(1) Tahun 2011 yang menyatakan bahawa Majlis mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan undang-undang kepada semua anak kariah atau sesiapa sahaja yang menggunakan masjid dan surau untuk kepentingan individu dan politik.
Ini merupakan satu penipuan yang melampau daripada Husam. Kita tunggu dia nak jawab apa nanti. Husam suka sangat saman orang kan? Tunggu dia disaman pula kali ni. Ini yang dia tipu di Putrajaya.

Di Kelantan juga dia dah tipu, pengundi Putrajaya jangan jadi mangsa pula!


K7L : #HusamPenipu #HusamPenipu #HusamPenipu #HusamPenipu

1 ulasan:

  1. Kemahiran menipu dan memfitnah wajib ada dlm pemimpin2 PR.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk