20/02/2013

Raksasa Laut Penghisap Darah Dijumpai Di New York?


Alamak! Ngeri siot! Keris ingatkan binatang  apalah benda ni. Kalau jumpa memang tak peganglah! Silap-silap pengsan beb! Haha! Sebenarnya inilah makanan harian blogger Harapan Esok. Sebab itu Alexa ranking dia tinggi :p


NEW YORK – Seekor haiwan ganjil yang disangka sebagai makhluk asing oleh para pengguna internet selepas ia disiarkan di laman Reddit sebenarnya ialah spesies haiwan seperti belut.

Menurut laman GrindTV.com, seorang jurucakap Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar New York menyatakan, berdasarkan saiz pada gambar di laman itu, haiwan tersebut ialah lamprei.

Imej itu juga disiarkan di laman YouTube semalam yang dtangkap di New Jersey. Menurut jabatan berkenaan, lamprei juga tidak mempunyai tulang dan mulutnya dipenuhi dengan barisan gigi yang jarang.

Gambar tersebut menunjukkan haiwan itu ditusuk dan darah keluar daripada badannya. – Agensi



Okey! Nak cerita sikit pasal haiwan pelik ni. Dia ada banyak rupadan berasal daripada keluarga belut. Apa yang stylo adalah ia tidak bertulang tapi ada gigi yang banyak. Ada orang cakap inilah Pacat Laut tapi jangan risau! Tak ada kat Malaysia.

Ini cara haiwan ini makan iaitu dengan menghisap darah. So agak mengerikan juga. Tapi kalau jumpa jangan ingat itu makhluk asing pula ya?

K7L : HE sebenarnya suka makan belut..dengan sambal kicap..haha

2 ulasan:

  1. Mak ai ni kalau menatang alah ni isap tengah belakang aku mau pitam nih..

    ReplyDelete
  2. ni kalau disedut kat perut boleh hilang tak buncit.. hehe

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk