07/02/2013

Pakar IT Meninggal Dunia - Teringat Pertemuan Dengan Allahyarham DI Janda Baik



Tidak Keris sangka akan berita tentang pemergian pakar IT Malaysia, Allahyarham Azli Paat. Pertemuan singkat suatu ketika dahulu ketika Keris dijemput untuk menjadi moderator didalam forum beliau. Banyka ilmu telah dikongsi malahan ketika perbualan santai selepas habis forum banyak memberi makna kepada diri Keris.

Usahawan dan Pakar IT ini telah menghembuskan nafas terakhirnya petang semalam pada jam 6.45 pm di rumahnya di Segambut, Selangor.

Jika sesiapa yang tidak mengenalinya, Allahyarham Azli merupakan penggerak sistem pesanan ringkas (SMS) di negara ini dan juga merupakan individu yang memperkenalkan Kod DAPAT (32728) yang digunakan untuk menggerakan sistem Rakan Cop yang dibangunkan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga merupakan individu yang terbabit dalam pengwujudan sistem besepadu mySMS 15888 untuk kerajaan Malaysia yang membolehkan pesanan tanpa sempadan diantara pelbagai syarikat telekomunikasi untuk perkhidmatan awam di Malaysia.

Banyak jasanya dan ilmu yang diberikan kepada rakyat Malaysia. Semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman. Al Fatihah.

K7L : Mc..Keris sebak bila dapat tahu..Mc ingatkan masa kita jumpa arwah?..

1 ulasan:

  1. Al-Fatihah buat Allahyarham Azli Paat.....Ameenn

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk