01/02/2013

Khalid Akan Ucapkan Selamat Tinggal Selepas Gagal #IsuAirSelangor ?



Semalaman Keris meneliti kenyataan rasmi YB. Dato’ Sri Peter Chin Fah Kui merangkap Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkenaan degan krisis air yang melibatkan negeri Selangor dan sebahagian daripada beberapa kawasan yang melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekarang Rumah Pam Wangsa Maju Baru akan dibina oleh kerajaan Negeri Selangor dengan menggunakan wang yang dipinjamkan oleh Kerajaan Persekutuan. Jadi tak perlu lagi ada isu dan Khalid kena sedar dalam menyelesaikan isu air ini, tidak perlu dipolitikkan.

Rakyat Selangor bukanlah ‘tikus makmal’ untuk menguji keegoan Kerajaan Negeri Selangor dalam membendung krisis air. Sepatutnya sejak dahulu lagi tidak perlu timbul masalah politikkan air seperti tidak mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2.

Selain itu, jika Khallid tidak sabotaj pinjaman CAPEX untuk SYABAS, pasti semuanya berjalan dengan lancer. Ini sibuk sangat nak ‘niaga’ air sampai tak ingat keperitan rakyat. Masalah air bukanlah satu benda yang boleh dipandang enteng.

Bayangkan ada yang sudah hamper sebulan mengalami masalah tiada air. Kesian anak ke sekolah, nak mandi, minum dan makan. Sebab itu air itu penting! Kali ini kalau Khalid sibuk jugak nak buat penstrukturan semula air dan nak cuba sabtaj supaya dapat empat konsesi air, Keris nak kata rakyat Selangor mesti ucapkan Selamat Tinggal selamanya buat Kerajaan pakatan Selangor.

Sekarang Khalid dah tak boleh tuduh Kerajaan Persekutuan tak bantu. Tak boleh nak sorok bantuan yang dipinjamkan. Sekarang kena sedar SYABAS bukan lagi boleh dikambinghitamkan. Tak guna memerintah kalau tak tahu tadbir kerajaan. Apa tunggu lagi? Ini time BN punya maaa!


Berikut adalah kenyataan penuh YB Dato’ Seri Peter Chin Fah Kui :





K7L : Jangan risau..watermark tak ada besar-besar kat Press Statement ni..kih kih kih..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk