Kalau nak dikaji semula, isu air ini tidak akan timbul jika Kerajaan Pakatan Selangor tidak besar kepala dan ego dalam pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Dan yang menghangatkan isu adalah mereka yang mula-mula menuduh Isu Air Selangor ini dipolitikkan oleh BN Selangor dan Kerajaan Persekutuan.
Ironinya pihak SYABAS telah dituduh mahu mengaut keuntungan dan menipu duit rakyat. Walhal Kerajaan Selangor mempunyai 30% pegangan saham, membolehkan mereka mempunyai ‘Board Seat’. Nak kaut untung? Kalau cakap Syabas sapu duit rakyat, Kerajaan Selangor dua kali lima juga!
Tu belum masuk lagi kepentingan dalam konsesi air yang lain, 30% dalam SPLASH, 90% dalam ABASS dan empunya 100% dalam Konsortium Air Selangor Sdn Bhd atau KASB. Berapa banyak untung / duit rakyat sudah dikaut tu? Kenapa itu tidak diberitahu?
Mereka mempertikaikan mengapa Kerajaan Selangor tidak dibenarkan tadbir urus air. Nak tadbir silakan, tapi bincanglah dulu dengan syarikat konsesi yang nak dibeli bahagian mereka. Sama juga bila nak jual asset PKNS, bukan ke dibincang harga berapa nak dijual? Pembeli mestilah juga setuju harga jualan.
Macam mana nak urus kalau perkara yang mereka tahu hanya menjual aset Kerajaan Negeri? Agaknya bila konsesi air dah ada dalam tangan, adakah akan dijual kepada kroni? Air ini hak rakyat maka sesiapa yang menguruskannya tidak menjadi masalah asalkan agihan air cukup dan terkawal.
Mereka desak mahu menguasai konsesi air secara total. Bagaikan ada benda yang disembunyikan. Jika tanya Keris mudah sahaja jawapannya. Mereka ada agenda tersendiri untuk sapu duit rakyat melalui air. Mengapa tidak sekarang?
Kerana jika mereka melakukan perkara songsang sama seperti yang dibuat di PKNS dan Yayasan Selangor, mereka akan kantoi besar dengan agenda mereka. Selama ini pun setelah 4 tahun menjadi penjajah Selangor, pelbagai masalah berlaku dan rakyat semakin hari melihat kesongsangan semakin melampau.
Penuh dengan wayang, sama modus operandinya seperti puak pakatan yang lain contohnya kes kehilangan Treler DAP yang besar gabak kononya dicuri. Yang buatkan Keris gelihati adalah para yang terdapat didalam bajet Pulau Pinang, ayat pada para 33 itu telah merosakkan permainan #IsuAirSgor.
Para 33 dalam ucapan bajet Lim Guan Eng menyebut :
Bagi menjamin sumber bekalan air mentah yang mencukupi untuk jangka masa panjang, Kerajaan Negeri bercadang untuk mendapatkan bekalan air mentah melalui Projek Skim Bekalan Air Mentah dari Sungai Perak, Negeri Perak ke Negeri Pulau Pinang. Projek ini melibatkan pembinaan terowong yang bertujuan untuk mengagihkan sebahagian air mentah dari Sungai Perak ke Sungai Kerian dan seterusnya ke Negeri Pulau Pinang. Kos projek dianggarkan bernilai RM300 juta dan ianya telah dipohon melalui KeTTHA kepada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 30 Jun 2012 di bawah Rolling Plan Ketiga, Rancangan Malaysia Kesepuluh. Kerajaan Persekutuan perlu menjalankan projek ini sebagai tanggungjawab mereka dalam perjanjian penghijrahan aset air yang ditandatangani dengan Kerajaan Negeri.
Akhirnya ucapan bajet Guan Eng telah merosakkan 'Perangkap Politik' yang dimainkan tanpa henti oleh Pada jentera PKR di Selangor.
Usaha mereka tampak sedang 'ditanam' oleh rakan Pakatan mereka sendiri. Sementelahan Kerajaan Negeri Selangor sangat 'excited' mahukan pelaksanaan Sistem Penapis Teknologi Membran.
LGE sudah mendedahkan bahawa projek terowong sama seperti #Langat2, lebih ekonomikal dan wajar untuk jangka masa panjang negeri Pulau Pinang.
Kenapa LGE tidak membawa konsep sama dengan cadangan penggunaan teknologi membran? Aneh?
K7L : Main tarik tali..lagi banyak kantoi pembohongan Khalid..buat jelah #Langat2!
0 ulasan:
Post a Comment