01/11/2012

NGO Pembangkang Tak Berhak Halang #Lynas


Kena faham akan akan beberapa perkara mengapa Lynas tidak perlu ditangguhkan dan sepatutnya dibiarkan. Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

Ini merupakan fakta yang jelas. Malahan Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa. Biarpun dia pembangkang tetapi sebagai seorang PAKAR dia menyatakan pendirian yang cukup jelas tentang Lynas ini.





“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah sayacakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskandan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynasselamat dan dipantau sepenuhnya,” Dr. Che Rusli

Apabila seorang pakar yang meletakkan fahaman politik ke luar dan menjelaskan pendirian berdasarkan bidang yang diceburi, mahu penjelasan apa lagi?\\




Kena tahu bahawa Loji Lynas di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran. Ia bukan satu loji ‘kos rendah’ yang tidak punya kajian terperinci. 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan. Walaupun kadar radioaktif teramat rendah.

China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka. Nampak bahawa betapa penting dan tinggi nilai Rare Earth?

Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth. Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda. Oleh kerana China tidak begitu mesra pelabur, Malaysia menjadi pilihan untuk pelaburan. Daripada sudut ekonomi bukankah ia menjana pendapatan industri negara?

Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia, Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama.

Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas. Ini merupakan satu penghormatan kepada Malaysia sendiri.

Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi. Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis. Selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri hiliran untuk berkembang.

Lynas juga telah bersepakat dengan beberapa syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

NGO seperti Save Malaysia Stop Lynas yang didalangi Fuziah Salleh cuba menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

Panel bebas antarabangsa dibawah naungan PBB (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

Bukan itu sahaja, pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan mengakui Lynas selamat untuk beroperasi.

Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi. Jadi ada masalah di situ? Keris bukan cakap kosong tetapi semuanya berdasarkan fakta yang ada.

Sekarang penduduk Kuantan perlu tanya diri sendiri pihak mana yang boleh dipercayai, NGO yang diketuai oleh seorang guru sekolah dan tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam hal ehwal rare earth / nuklear atau pakar-pakar nuklear tempatan dan antarabangsa?


Apakah kelayakan NGO tersebut mempersoalkan tahap keselamatan Loji Lynas yang diiktiraf selamat oleh AELB dan IAEA? Janganlah biarkan NGO jahil mempengaruhi dan menentukan masa depan rakyat dan negara.

K7L : Kena fikir dan fahami isu Lynas..bukan juarai sebagai populis macam Fuziah..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk