08/02/2012

Kisah Melayu DAP Yang Terpinggir? - @limkitsiang Nak Cakap Apa?


Keris terbaca kisah ini dilaman Facebook rakan Keris dan berasa terpanggil untuk dikongsikan bersama pembaca mengenai apa yang berlaku kepada Melayu didalam DAP, Ikuti kisah tersebut dan bayangkan apa akan terjadi jika kuasa diberikan kepada mereka?





En Ahmad Aki atau lebih dikenali sebagai Ramli Wong (Pengerusi Desa & Bandar DAP Negeri Perak merangkap Naib Pengerusi Gerak Negeri Perak ) 65 Tahun dari Taman Perpaduan Ipoh mendedahkan bahawa perjuangan Dap hanyalah palsu belaka.Beliau telah menjadi ahli Dap sejak awal penubuhannya pada tahun 1968 semasa berusia 24 tahun dengan mengisi borang keahlian berserta yuran seringgit sahaja.

Tujuannya ialah satu, untuk menjadi parti pembangkang dan beliau ditugaskan untuk menambahkan jumlah ahli Dap dari kaum Melayu. Beliau juga mengakui telah banyak membawa masuk orang Malayu Ipoh untuk menjadi ahli Dap. Beliau juga pernah dijanjikan jawatan Menteri Besar Melayu Pertama jika Dap berjaya memerintah Perak.Beliau kesal dan berdosa kepada bangsa dan tanahair kerana telah mengkhianati perjuangan Melayu sebenarnya sebagai mana yang dilaksanakan oleh Umno , Perikatan dan Barisan Nasional.



Beliau keluar dari Dap kerana tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Dap Perak di bawah Dato Ngeh Koh Ham. Menurut beliau Ngeh lebih bersikap diktator dalam pentadbiiran dan pengurusan parti.

Begitu juga dengan agihan kerusi dalam PRU. Ngeh mengutamakan kaum Cina daripada kaum-kaum lain. Calon dan kroni yang setia kepadanya diberikan kerusi Dun dan Parlimen.

Ngeh mengagihkan kerusi sesama kroni dan tidak secara adil. Ahli Melayu dan kaum-kaum lain tidak diberikan satu pun kerusi sedangkan ia masih banyak. Jika dicalonkan Melayu diletakkan dikawasan yang sukar untuk menang. Calon Cina untuk kawasan yang ramai Cina kerana mereka akan menang mudah.

Ia tidak seperti BN yang sanggup meletakkan calon bukan Melayu dikawasan majoriti Melayu tetapi dalam Dap ia tidak terjadi begitu.

"Apa salahnya meletakkan calon Melayu di kawasan Cina?" Soal beliau lagi.
Beliau juga mengakui bahawa PAP adalah berada dibelakang Dap sejak awal penubuhan lagi dan beliau bersama pemimpin-peminpin Dap Perak pernah beberapa kali mangadakan pertemuan dengan Lee Kuan Yew di Ipoh, Kuala Lumpur dan Melaka tetapi beliau tak banyak memahami kerana perbincangan menggunakan bahasa Cina.

Bila ditanya bagaimana Dap ditubuhkan di Perak? Beliau memaklumkan ia ditubuhkan bukan di bandaraya Ipoh sebaliknya di tubuhkan dalam satu perjumpaan di kawasan Ayer Tawar Perak.

Dap membesarkan isu Malaysian Malaysia tetapi hakikatnya ia adalah kepalsuan semata-mata. EN Ahmed Aki yang menjadi ahli Dap sejak awal tidak dibela sepenuhnya. Kehidupannya juga susah. Dap tidak pernah membalas budinya. Dia ditinggalkan begitu sahaja bila tenaga dan kudrat telah dimamah usia. Dap tidak pernah menjenguk dan memberi bantuan.

Anda boleh juga baca artikel Keris tentang DAP;


K7L : DAP bukan untuk Melayu, Cina, India mahupun bangsa lain di Malaysia..DAP adalah parti untuk orang yang tak mahu melihat Malaysia harmoni..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk