10/02/2012

Bloggers Mengundi Pos Pada PRU13 Nanti?




KUALA LUMPUR: Doktor dan jururawat boleh mengundi seperti biasa manakala wartawan pula mungkin membolehkan mereka untuk menggunakan undi pos pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), kata PengerusiJawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Beliau berkata, perkara itu dibincangkan bersama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pengundi yang berkhidmat dalam perkhidmatan kritikal yang dicadangkan untuk sistem pengundian awal.

"Melalui rundingan dengan Kementerian Kesihatan, memutuskan bahawa doktor dan jururawat tidak mempunyai halangan untuk mengundi mahupun bagi mereka yang bertugas.

"Ini kerana perkhidmatan kritikal seperti kecemasan dan Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah kecil maka tidak mempunyai masalah bagi mereka untuk mengundi seperti biasa," katanya kepada pemberita selepas mesyuaratbersama PSC dan SPR di Parlimen di sini, Khamis.

Maximus berkata, pihak PSC telah meminta SPR untuk meneliti seterusnya terhadap golongan wartawan yang memungkinkan mereka dimasukkan dalam kategori undi pos.

"Ini memandangkan wartawan sering ditugaskan di luar kawasan. Ia merupakan satu rundingan yang diminta oleh PSC dan pihak SPR akan memaklumkan mengenai ketetapan tersebut dalam mesyuarat akan datang," katanya.

Menurut Maximus, sistem pengundian awal tidak boleh dilaksanakan berikutan ia memerlukan jumlah yang besar di satu-satu kawasan pengundian seperti tentera.

"Sebab itu kita meminta supaya wartawan menggunakan undi pos tanpa memerlukan mereka ke tempat mengundi.

"Bukan praktikal untuk kita menghapuskan sistem pengundian awal tetapi kita mengurangkannya.

"Selagi undi pos dikendalikan mengikut peraturannya dengan cara telus dan efisien maka ia bukan menjadi satu masalah malah relevan untuk ia dilaksanakan," katanya.

Mengenai sistem pengundian awal, beliau menjelaskan pada masa ini ia akan dilaksanakan pada golongan polis dan tentera.

Ini kerana katanya, mereka tertumpu di kem-kem, di laut, medan operasi dan kawasan-kawasan tertentu.

"Bagaimanapun, tentera yang berkhidmat di sempadan perlu melakukan undi pos di mana jumlah mereka kira-kira 3,000 orang," katanya.

Sebelum ini terdapat cadangan agar wartawan, doktor dan jururawat diberi peluang mengundi awal yang disyorkan oleh PSC berhubung penambahbaikan proses pilihan raya.

Cadangan itu kemudiannya dibentang dan diluluskan di Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu. - MSTARONLINE

K7L : Kalau bloggers boleh undi pos pun bagus jugak kan?...

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk