Difahamkan sepanduk tersebut dipasang dihadapan Bangunan Tabung Haji Pasir Puteh, Kelantan. Entah mengapa tinggi benar darjat yang puak PAS berikan kepada Ambiga. Mengapa orang begini yang disanjung tinggi melangit?
Ini senarai yang disediakan oleh rakan blogger Medan Tempur Kedah tentang perkara yang dilakukan oleh Ambiga ;
Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliaulah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam ;
- Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
- Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam
- Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu.
- Menjadi dalang di sebalik Risalah Perlembagaanku yang mahu menyisihkan Hak orang Melayu dan menafikan Islam sebagai Agama rasmi persekutuan.
- Pernah menganjurkan Demonstrasi di Sogo pada 9 disember 2007
- Menerima memorandum menuntut pelaksanaan Interfaith Commision (IFC) PADA 21 0GOS 2001
Juga perhatikan Tuntutan beliau di dalam IFC (Suruhanjaya Antara Agama) yang terlibat dalam pembelaan kes Lina Joy dahulu. Beliaulah yang membela kes murtad Lina Joy dahulu sehingga Lina Joy secara rasminya telah murtad dari Islam ;
- Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.
- Orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh... dikenakan tindakan undang-undang.
- Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.
- Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
- Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan Orang Islam,Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.
- Orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.
- Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.
- Orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.
- Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.
- Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.
- Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.
- Orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang Hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.
- Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.
Cuba bagi senarai apa yang Ambiga dah buat untuk orang Islam sampai PAS sanjung dia tinggi sekali?
K7L : Secara terangan dia adalah anti-Islam..PAS dah bertukar jadi parti apa ni?..
K7L : Secara terangan dia adalah anti-Islam..PAS dah bertukar jadi parti apa ni?..
Kepada tuan punya status, dengan ini saya
ReplyDeletememinta izin daripada anda supaya saya boleh
mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang
kepada anda untuk membacanya dan berharap
anda dapat memahami apa yang saya komen.
... Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya
komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen
status, bahawasanya status anda terpilih untuk
dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya
sebagai tukang komen. Sekali lagi saya
menyatakan bahawa diharap anda dapat
memahami komen saya kerana apa yang saya
komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak
salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat
dan lengkap memenuhi informasi semasa.
Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan
disini, tapi ternyata status anda memang tiada
kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana
secara tidak lansung komen saya ini akan memberi
manafaat kepada status anda supaya status anda
lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu
teruslah membaca komen saya kerana apa yang
saya komenkan disini akan memberi inspirasi
kepada anda untuk mengupdate status baru yang
lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif.
Namun cerita saya disini belum habisnya, masih
ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin
komenkan disini selagi facebook masih online
selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status
siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda
harus berasa bertuah kerana anda bukan saja
terpilih, tetapi status anda menang menjadi
kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda
dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang
kesukaan saya terhadap status anda. Namun
komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin
anda berasa pening mahupun juling kerana
membacanya tetapi tangan saya masih mampu
untuk menaip komen untuk anda biarpun apa
yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong
tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah
sukanya saya jika dapat mengomen status anda di
hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih
online, maka disitulah saya mengomen dan terus
mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah
anda tidak meneruskan membaca komen saya
disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun
sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika
anda sedang membaca apa yang saya komenkan
disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang
penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan
juga status anda. Maka dengan itulah lah saya
akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu
untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa
yang saya komenkan tidaklah saya sendiri
memahaminya, adalah kemungkinan anda
seorang yang gila membacanya. Namun
ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang
menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3
bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen
status anda. Ya itulah kesanggupan saya
mengomen status anda, dan dengan itulah
berakhirnya komen saya disini.
Walaupun saya tak setuju dengan gelaran itu, tapi saya rasakan puak-puak PAS tak akan naikkan banner yang boleh memakan diri seperti ini.
ReplyDeleteTapi saya setuju, umumnya masyarakat sudah melihat ruang yang diberikan oleh PAS terhadap individu dan pihak tertentu dalam Pakatan Rakyat telah menjejaskan sokongan masyarakat terhadap parti yang pernah memegang prinsip menubuhkan negara Islam ini..