02/02/2012

BN Terengganu Dah Ready! - PAS Mula Kelam-Kabut?



KUALA TERENGGANU 1 Feb. - UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yakin akan memperoleh kemenangan lebih besar dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan menyasarkan 29 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yakin kesemua kerusi Parlimen dapat dikuasai BN bagi mengukuhkan kerajaan di peringkat Pusat. Beliau menegaskan, sasaran itu bukan sekadar untuk menyebut angka tetapi berasaskan perkembangan semasa yang cukup menyakinkan.

Ahmad merujuk kepada perpaduan dalaman UMNO yang kian mantap, sikap yang ditunjukkan rakyat tanda sokongan dengan pelbagai peluang dan kemudahan untuk memajukan diri. "Pembangkang juga tidak mempunyai banyak modal untuk memburuk- burukkan kerajaan dan pimpinan selain janji- janji mereka tidak berasas," katanya kepada wakil media dalam pertemuan di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini semalam.

UMNO dan BN kini menguasai 24 daripada 32 dan tujuh daripada lapan kerusi Parlimen manakala selebihnya dikuasai Pas. Ahmad menegaskan, Pas kini cuba melakukan perang saraf dengan memberi gambaran kononnya perpaduan dalam UMNO cukup teruk. ''Tujuan mereka berbuat demikian untuk menaburkan kebimbangan dalam kalangan rakyat,' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu berkata, program pemukiman parti itu yang diadakan baru-baru ini, menampakkan kesepakatan cukup jelas bagi memastikan UMNO kekal berkuasa dengan kedudukan cukup kuat. ''Kami sepakat untuk mempertahankan Terengganu dan kita cukup positif mampu merampas semula sekurang-kurangnya lima daripada lapan kerusi yang dimenangi Pas," ujarnya.

Malah, kata beliau, Pas sendiri yang awalnya menyasarkan untuk menguasai sekurang-kurangnya 19 kerusi, tiba-tiba muncul dengan kenyataan sekadar boleh menang 16 atau 17 kerusi sahaja. Selari dengan transformasi politik yang digerakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, calon yang boleh diterima rakyat dan mampu memenangkan parti akan dikemukakan.

Katanya, sebarang ketentuan kedudukannya sebagai Menteri Besar kelak akan diterima dengan reda. ''Ia akan bergantung kepada laporan penilaian oleh pelbagai pihak. Namun, kita belum ada senarai nama lagi," katanya. - Utusan Online -

K7L : Keris melihat sudah persiapan MB Terengganu..ternyata mereka memang bersedia!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk