15/02/2012

Cakap Pasal 'Trojan Horse' - Ahli PAS Seumur Hidup Jadi Blogger BN?




Apakah itu Trojan Horse ? Di Wikipedia, maksud nya dalam bahasa Inggeris adalah

“The Trojan Horse is a tale from the Trojan War, as told in Virgil's Latin epic poem The Aeneid, also by Dionysius, Apollodorus andQuintus of Smyrna. The events in this story from the Bronze Age took place after Homer's Iliad, and before his Odyssey. It was the stratagem that allowed the Greeks finally to enter the city of Troy and end the conflict.

In one version, after a fruitless 10-year siege, the Greeks constructed a huge wooden horse, and hid a select force of 30 men inside. The Greeks pretended to sail away, and the Trojans pulled the horse into their city as a victory trophy. That night the Greek force crept out of the horse and opened the gates for the rest of the Greek army, which had sailed back under cover of night. The Greek army entered and destroyed the city of Troy, decisively ending the war.”





Tetapi untuk kita rakyat Malaysia, dan ahli-ahli Politik Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang, apa maksud Trojan Horse bagi mereka ? Dan pastinya Trojan Horse ini memang ditakuti bukan sahaja parti yang di menetap di dalam, tetapi parti yang hantar dia juga. Apakah senario politik hari ini untuk menjayakan jentera Trojan Horse ini ? Berapa puluh atau beratus sudah di ajar dan di hantar ke kem masing masing untuk menjadi Trojan Horse ini?

Pertama adalah ketidakstabilan di dalam politik seperti hari ini. Di mana kedua-dua belah pihak tidak tahu kekuatan atau kelemahan masing-masing. Kedua-dua belah pihak juga takut untuk tahu apa kekuatan atau kelemahan mereka kerana itu akan jadi percaturan “end game” untuk parti yang kalah nanti. Kedua-dua belah mengikut dan merancang hari-hari, menganggap diri mereka sahaja yang paling baik untuk rakyat, tidak menghiraukan suara dari rakyat, dan tidak menghiraukan suara dari negara-negara jiran yang lantang bersuara pasal keadaan politik Malaysia hari ini. Adakah itu sebabnya Trojan Horse ini penting ? Adakah tanpa Trojan Horse ini parti politik masing-masing tidak boleh hidup ?

Ada parti yang kemungkinan hantar Trojan Horse ini dua puluh tahun dulu, dan mungkin ada yang baru hantar dua tiga tahun dulu.Yang sudah menetap sekian lama, yang hantar dia takut dia sudah pusing arah, tetapi masa akan beritahu kita apa sebenarnya akan jadi bila Trojan Horse ini bangun dan kerjakan apa yang dia dihantar untuk lakukan dulu. Adakah kepimpinan Barisan Nasional dan Pakatan Pembangkang sedia untuk senario seperti ini ? Adakah mereka sedia untuk menerima tamparan pada saat yang cukup mereka tidak sedia ?

Trojan Horse ini ada kerjanya, dan kepada mereka yang sepatutnya mencari dan menghapuskan Trojan Horse ini, akhirnya mungkin duit akan mencari penentunya, kalau tak cukup, tidak jumpalah. Kalau cukup pun, mungkin dapat baunya sahaja. Yang mana satu penting, yang mana satu patut kita hindari ?

Trojan Horse ini akan timbul. Di mana dan bila terpulang kepada kemahiran Trojan Horse ini. Adakah Trojan Horse ini Pemimpin Politik atau Pencatur Politik ? Adakah Trojan Horse ini memikir pasal Negara, atau pasal parti dia sahaja ? -KritisOnline-


Dan kini timbul satu persoalan tentang adanya seorang blogger yang mempunyai keahlian PAS seumur hidup wujud dikalangan blogger pro-BN. Sejauh manakah kebenaran berita tersebut dan jika benar, adakah dia yang membocorkan rahsia kepada pihak pembangkang? Siapa sebenarnya 'trojan horse'? Keris masih mencari jawapannya.

K7L : Siapa?Siapa?Siapa?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk