03/02/2012

Malaysian Alert! : Remaja OKU Hilang


Keris memohon agar seluruh rakyat Malaysia memberi kerjasama memberi maklumat dalam pencarian remaja OKU ini. Kita doakan supaya Fitri dalam keadaan selamat dan sentiasa dilindungi Allah. Keris berharap mesej melalui artikel ini dapat membantu keluarga Fitri. InsyaAllah.


Disini kak Su ingin memohon jasa baik semua untuk menolong mencari anak saudara Kak Su Mohd Nor Fitri bin Marzuki seorang syndrom down (gambar diatas). Beliau telah hilang semenjak23/1/2012 hingga sekarang. bermacam-macam cara telah kami sekeluarga lakukan termasukan menghubungi TV3 pada 26/1/12 dan 28/1/12 (3 kali) dan pada 31/1/2012

TV3 telah menghantar reporter untuk mebuat liputan di rumah keluarga Fitri. tetapi hingga sekarang berita kehilangan beliau belum disiarkan. kami ada menghubungi TV3 untuk bertanya tentang tarikh siaran, dan jawapan mereka "mungkin besok". menurut kru TV3 yang datang kerumah kakak saya, mereka telah menghantar rakaman ke TV3 head office pada hari yang sama 31/1/12. Report polis telah dibuat pada hari sama kehilangan nya. Harian metro juga datang tetapi berita belum disiarkan lagi.

Kami ada mendapat maklumat bahawa kemungkinan Fitri berada di pulau pinang bahagian Jelutong. Kak su amat-amat berharap pembaca Blogger Jalanan dapat menolong membantu kami sekelurga menghebahkan kepada umum tentang kehilangan Mohd Nor Fitri.

Pertolongan dari rakan Blogger Jalanan amat-amat kami sekeluarga harapkan.

Kak suraya.

019-5449170

Taman Semarak
Sungai Petani Kedah.

Dan info daripada rakan blogger 1peluru :

Pihak Polis dan orang awam belum dapat mengesan/melihat kehilangan Fitri (Adik saya). Kini sudah 6 hari Fitri hilang....Untuk makluman, Fitri memakai seluar panjang hitam serta berbaju warna oren..Minta kerjasama rakan2 serta budi baik anda jika ternampak/terjumpa Fitri...Sila serahkan/laporkan kepada Balai Polis berdekatan..Terima Kasih... -27/01/2012

p/s: Mohon share agar ia tersebar.

K7L : Rakyat Prihatin..Malaysia Damai..

1 ulasan:

  1. Dalam kita sedang sebok2 tanya khabar adek Firi yang hilang tu ada juga orang cuba buat kalakar.....

    OKU tu katanya Orang Kuat Umno........

    Apa pun Insha Allah kita disebelah Baling akan beri K/Sama penoh..cuma kalau dah ditemui cepat2 kasi tau, takut dia dah sedap tidur dirumah, kita ashek mencari...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk