Selepas terbaca kisah adik Faris di blog Tun Faisal Dot Com dan Double-Y, Keris terasa tersentuh dan mendoakan kesihatan dia. Namun Allah lebih sayangkan adik Faris dan dia telah pergi untuk selama-lamanya. Takziah buat keluarga adik Faris, Keris harapkan kamu semua tabah dengan ujian Allah yang berat ini.
Melalui blog Mazidul Akmal :
"Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital'
Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.
Mengikut sumber solat jenazah akan dilaksanakan selepas solat asar di Masjid Alam Budiman. Semoga syurga tempat kamu adik Faris. Entah kenapa laju pula airmata ini menitis saat Keris menulis artikel ini.
K7L : Jika ada kenderaan, sudah lama Keris sampai berjumpa keluarga arwah..
0 ulasan:
Post a Comment