24/02/2012

Anwar :: PAS :: Israel - Anwar Hamba IMF?



Video ini dikongsi supaya ramai sedar apa kaitannya Anwar dengan IMF. 



Tindak tanduk PAS yang kononnya lantang menentang Israel tetapi tiba-tiba terdiam dan malu alah dalam menangkis isu Anwar menyokong Israel adalah petanda awal bahawa Pakatan Rakyat akan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara jika mereka memerintah.

Sikap Majlis Syura Ulama yang menganggap pendirian Anwar tidak ada kena mengena dengan PAS tetapi tetap akur untuk kekal bekerjasama dengan Anwar serta menerima beliau sebagai bakal Perdana Menteri, menunjukkan yang PAS sebenarnya menerima baik sebuah negara Israel.

Perlu diingatkan bahawa PAS dan PKR serta DAP adalah 3 dalam 1 dan apa jua tindakan mereka perlu dilihat sebagai tindakan bersepadu atau dari satu entiti. Jika benar mereka memerintah, maka mereka tidak lagi boleh merujuk kepada parti mereka sebagai PAS, PKR atau DAP tetapi sebagai satu pakatan yang jitu iaitu Pakatan Rakyat. Jika tidak, bagaimana dasar-dasar dan hala tuju negara akan dapat diputuskan?

Nik Aziz boleh menipu diri sendiri kononnya percaya yang kenyataan Anwar telah diputarbelitkan. Malah Nik Aziz juga boleh pura-pura tidak tahu yang Anwar pernah menandatangani Annapolis Summit yang mengiktiraf penyelesaian penubuhan negara Israel. Tetapi, Nik Aziz tidak boleh menipu Allah S.W.T.

Hakikatnya, Anwar menegaskan bahawa beliau telah meletakkan syarat sebelum menerima penyelesaian dua negara. Dan syaratnya ialah agar Israel mengambil kira ‘aspirasi pihak Palestin yang mahukan keadilan dan keamanan serta menghormati kedaulatan mereka’.

Dalam kata lain, Anwar tetap bersetuju bahawa Israel boleh diberi hak ke atas tanah Palestin.

Sebenarnya, masalah Israel-Palestin bukanlah soal ‘kemahuan pihak Palestin’. Isu ini bukan isu Israel dan Palestin berebutkan tanah yang tidak bertuan tetapi, isu Israel merampas tanah milik Palestin. Oleh itu, ia bukan soal ‘mahu’ tetapi ‘hak’. Sesungguhnya, Israel tidak ada hak langsung ke atas tanah Palestin. Itu saja.

Anwar perlu menegaskan hakikat ini terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa alasan atau syarat untuk melindungi ‘negara Israel’ yang tidak wujud.

Benar, ini adalah pandangan dan pendirian Anwar tetapi Anwar itulah yang akan PAS julang menjadi Perdana Menteri jika mereka menang dalam PRU akan datang. Anwar itulah yang mewakili mereka sebagai Ketua sekarang. Dan Anwar itulah segala-galanya iaitu ikon dan juga maskot Pakatan Rakyat.

Maka, bagaimana PAS boleh duduk di dalam gerabak bersama dengan Anwar jika enggan menuju ke destinasi yang sama?

Adalah difahamkan bahawa sudah ada desas-desus tentang terdapatnya persetujuan tidak rasmi mengenai pemindahan pengkalan tentera Amerika ke Malaysia dari Filipina sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri.

Mungkin ini hanyalah desas-desus tetapi melihat dari keakraban Anwar dengan Amerika dan zionis, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sesuatu yang telah dijangka.

Justeru, jika PR menang dan semua ini ternyata benar, adakah PAS tetap akan menganggap ia sebagai tidak apa kerana ia adalah pendirian peribadi Perdana Menteri dan bukan parti? -MyNewsHub

K7L : Bayangkan apa akan jadi pada Malaysia kalau 'hamba IMF' diberi peluang? Hancur Malaysia!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk