18/02/2012

#BNMemangOK - Satu Kempen Menentang ABU?


Asal Bukan UMNO – slogan menarik. Nampak penjenamaan amat baik. Boleh laku kalau setakat melihat pada slogan dan pada cara slogan disampaikan. Persoalannya kenapa bukan UMNO, atau kenapa slogan Asal Bukan UMNO. Kalau UMNO melakukan proses transformasi dan hari ini membuktikan kejelasan memulangkan hak rakyat kepada rakyat dalam bentuk langsung dan tidak langsung adakah slogan itu masih terus di guna pakai. Adakah Asal Bukan UMNO satu tag semata-mata kerana politik. Secara literal, ABU itu adalah slogan politik – kepentingan politik untuk parti dan bukan mengukur dan menimbang UMNO itu sendiri – prestasi dan juga usaha yang selama ini dilakukan untuk rakyat. Asal Bukan UMNO – bagi mencernakan apa yang dikatakan – baik atau tidak, jangan pilih UMNO. Kenapa?

Adakah terbitnya Asal Bukan UMNO – adalah semata-mata propaganda politik? Adakah ABU mengkhususkan sebab kenapa tidak mahu memilih UMNO. Nampaknya ABU bukan melihat dari segi aspek lain melainkan politik semata-mata.


BN MEMANG OK

ABU dilancarkan, tetapi [BN Memang OK], andai ABU berterusan dalam keadaan BN memang OK maka ada satu saja jawapan yang terselit dalam PR adalah untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Adakah ABU tidak mempunyai kriteria-kriteria lain yang dilihat dalam mengisi makna ABU? Adakah kita tidak nampak ABU hanya sebagai alatan propaganda. Bagi saya kalau ABU dilancarkan – kini kita pula mahu mengatakan Barisan OK apa!, sebagai satu lain kempen menangani ABU. BN OK itu lebih mudah dan tidak akan mendatang masalah dalam pertempuran untuk melakukan ceramah. Kita mahu menjadikan BN OK apa!, sebagai satu kempen untuk berdepan dengan pembangkang dan memaklumkan kepada mereka – kita sandarkan rekod yang boleh dinilai sedangkan pembangkang hanya bermodalkan ceramah dan janji untuk berjaya. -Umno Reform-


K7L : Kempen yang sangat menarik..BN Memang OK!

1 ulasan:

  1. lancau bn/umno ok bapa segala syaitan.!!

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk