28/02/2012

Bukti Kerajaan Barisan Nasional Telus!


PERSETUJUAN kerajaan membenarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai akses penuh kepada segala dokumen perisytiharan harta semua anggota pentadbiran Persekutuan menjadi bukti betapa gagasan ketelusan kepimpinan Pusat bukan slogan kosong.

Ia menunjukkan komitmen dalam memastikan anggota pentadbiran termasuk barisan Kabinet dan timbalan-timbalan menteri dapat memperlihatkan integriti supaya menjadi teladan kepada rakyat.

Langkah terbaru itu, sejajar dengan saranan Lembaga Penasihat SPRM, mudah dipersetujui oleh kerajaan kerana itulah antara usaha bersungguh-sungguh ke arah transperensi.

Bagi Awang, tidaklah keterlaluan jika menganggap ia langkah ke hadapan kerana sebelum ini pun seluruh anggota pentadbiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional dimestikan mengisytiharkan harta mereka serta milik anggota keluarga terdekat kepada Perdana Menteri.

Ia bukan sahaja setiap tambahan atau perolehan baru harta malah harta yang dilupuskan, yang dilakukan secara berkanun. Dalam hal ini, langkah itu dilakukan secara sukarela, tanpa terdesak atau dalam keadaan terdesak.

Tidak seperti pihak tertentu yang menonjolkan diri sebagai golongan paling komited ke arah ketelusan, namun sekadar berkokok kepada awam.

Malah Awang angkat topi apabila Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mengkaji cadangan menjadikan status jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM sebagai jawatan berdasarkan Perlembagaan demi memastikan kebebasan dan ketelusan badan itu. -Bisik Bisik Awang Selamat-

K7L :  Telus dan jujur..kan bagus..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk