07/02/2012

Sahabat Pena K7L : PA - Perangai DAP Yang Tidak 'Gentleman'


Keris kongsikan tulisan Pemuda Ampangan kali ini yang lebih menekankan tentang nawaitu DAP dalam kuasa politik Malaysia.


Perangai DAP tidak ‘gentleman’, MCA dibunuh dalam diam.

Penulis rasa ingin mengulas sedikit tentang kemelut politik yang melanda P.Pinang.
Hurmmm. Apa tafsiran anda sebagai Rakyat Malaysia setelah melihat gambar di bawah?


Rasanya ia tak pernah dibuat oleh pimpinan MCA, hmmm pelik jugakan?

Kenapa perlunya mereka berbuat demikian? Teringat pula sekumpulan mahasiswa yang tidak habis belajar kerana menyokong dakyah pembangkang? Siapa yang ajar mereka ye? Puak inikah yang menjadi penyebar doktrin?

Kita lihat gambar yang seterusnya apakah maksudnya?

My best friend forever?

Itulah baru sedikit gambaran secara ‘zooming’ mata untuk ditafsirkan oleh akal kita tentang niat mereka. Apakah kita tidak dapat melihat agenda mereka yang secara terang-terangan? Tahukah anda semua apa yang berlaku kepada bangsa Melayu di Singapura?

Penulis hanya mahu pembaca membuka minda dan berfikir sejenak akan kesan jika kita masih menyokong puak-puak ini.

PEMUDA AMPANGAN



Bercakap tentang nasib melayu di Singapura, Keris pernah menulis artikel tersebut dan Keris kongsikan sedikit tinta terdahulu buat tatapan pembaca;

Peminggiran Melayu di Singapura bermula sebaik sahaja Parti Tindakan Rakyat atau PAP berkuasa di pulau sekangkang kera itu. Kita perlu melihat perjalanan sejarah pulau Singapura untuk melihat bagaimana PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew meminggirkan Melayu secara fizikal dan secara penghapusan sejarah.

Rekod terawal mengenai kewujudan Singapura terkandung dalam catatan sejarah negara China pada kurun ke-3. Singapura atau Temasik adalah sebahagian daripada jajahan empayar Srivijaya yang bertapak di Sumatera. Temasik merupakan sebuah perkampungan tepi laut yang menjadi tempat persinggahan bahtera-bahtera China dan dari benua kecil India dan Asia Barat.

Nama Singapura diambil dari dua perkataan Melayu yang berasal dari bahasa Sanskrit iaitu singa (simha dlm Sanskrit) dan pura (asal Sanskrit) yang bermaksud kota atau bandar singa. Ia dikaitkan dengan Sang Nila Utama yang menurut hikayat Sejarah Melayu menghadapi ribut besar semasa dalam pelayaran. Keadaan ribut tiba-tiba reda apabila Sang Nila Utama mencampakkan mahkotanya ke dalam laut. Selepas itu, Sang Nila Utama mencari daratan terdekat untuk mendarat dan pulau Temasik adalah tempatnya. Menurut hikayat itu lagi, haiwan pertama yang dilihatnya ialah seekor singa dan dia terus menamakan Temasik sebagai Singapura. Baca selanjutnya di SINI  


K7L : Jangan sampai kerana amarah dan dendam mahupun kuasa dan pangkat..bumi dipijak menjadi milik orang..

1 ulasan:

  1. ASSALAM BRO...

    AKU DOK NAMPAK KEBODOHAN KAUM MELAYU YG AKAN MENIDAKKAN HAK ORG MELAYU DI BUMI SENDIRI...

    PEJUANG HAMAS...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk