06/02/2012

Fitnah PAS Tentang Pelacur? & Parti Politik Yang Hina Islam?



Sungguh memalukan apabila mendengar fitnah daripada seorang saudara Muslim yang memakai kopiah sebagai tanda kealiman dirinya. Sejak bila pula kerajaan Barisan Nasional berbuat begitu? Rasanya puak yang mahukan undi daripada golongan manusia sebegini adalah pemimpin PR. Bukankah kebanyakan daripada pemimpin PR menyokong Hak Seksualiti merdeka (LGBT)? Seumpama bercakap dengan cermin!

Inilah yang terjadi sekiranya mahu berhujah dan mempengaruhi orang lain dengan fakta yang dangkal, akhirnya kata-kata yang dihamburkan terpalit ke muka sendiri. Lain kali sebelum nak tuduh apa-apa tolong buat 'research'. Ini merupakan satu penghinaan kepada Barisan Nasional apabila dirinya menuduh sebegitu rupa.

Bercakap tentang penghinaan, ini ada satu info mengenai satu parti politik di Belgium yang anti-Islam. Ikuti laporan daripada MyNewsHub ;

KUALA LUMPUR – Ketika umat Islam sedang mengadakan persiapan menjelang sambutan hari kelahiran Rasulullah SAW esok, dunia dikejutkan laporan bahawa sebuah parti politik Belgium melancarkan kempen anti-Islam dan menghina agama Allah itu.

Lebih memburukkan lagi, ketua parti Vlaams Belang yang berhaluan kanan negara itu, Filip Dewinter, telah mempergunakan gambar anaknya, An-Sofie Dewinter, yang berbikini dan memakai purdah di bahagian kepalanya.



Pada poster itu juga ditampal slogan “Kebebasan atau Islam?” di bahagian buah dada gadis itu manakala dibahagian seluar dalamnya pula terdapat gesaan yang membawa maksud, “Kamu pilih!”.

Menurut laman berita antarabangsa, Dailymail.co.uk, poster kempen anti-Islam anjuran Filip itu bertujuan untuk menggesa golongan wanita supaya menolak Islam dan mereka berhak memilih ‘kebebasan’ berbanding agama tersebut.

“Kami mahu mereka (wanita) faham bahawa mereka sebenarnya mempunyai pilihan (untuk tidak memilih Islam,” kata Filip berhubung kempennya itu.

Selain itu, An-Sofie yang sebenarnya dipergunakan bapanya itu menafikan dirinya dipergunakan untuk tujuan kempen tersebut dan menegaskan bahawa dia bangga dengan poster gambarnya itu.

Lihat sini untuk gambar selanjutnya [Klik Sini]

Melihat gambaran politik yang dimomokkan di Belgium, tidakkah kita umat Islam terfikir akan keperkasaan Islam di Malaysia? Baca cerita tentang itu di [Klik Sini]

K7L : Kuatkah PAS untuk mempertahankan Islam berbanding UMNO?

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk