06/02/2012

Selesaikan Keraguan - Papagomo & Anuar Mohd Nor Harus Bertemu Dan Bermubahalah




Isu yang menuduh saudara saya, Anuar Mohd Nor ataupun Anuar Reform seakan reda di blog pro-BN namun begitu, ia telah menjadi perbualan blogger pro-PR. Semalam ketika Keris menghadiri satu majlis yang dianjurkan pihak PAS di negeri Selangor, perkara ini juga yang mereka bincangkan. Antara ayat yang Keris dengar,"Aku tak rasa Anuar Reform tu berpihak pada kita tapi bagus jugalah mereka bergaduh sesama sendiri, kita yang untung".


Maka apabila dalam perjalanan pulang Keris terfikir, permasalahan ini seharusnya diselesaikan secepat mungkin. Secara peribadinya, Keris tidak bersetuju mengatakan saudara Anuar Moh Nor adalah agen PKR kerana jika benar pasti mana-mana pihak 'Intelligence' dapat hidu.

Tentang pertikaian yang diajukan kepada beliau, akhirnya telah timbul teka-teki tentang siapa dan apakah peranan beliau didalam arus medan maya pro-BN. Ish, ramai pula yang tidak tahu apa yang berlaku namun cuba berkokok sekuat-kuatnya. Matlamat dan misi menangkis dakyah kotor pembangkang dengan secukupnya di alam maya mahupun secara hujah menjadi pilihan kita, mengapa sangsi terhadap perjuangan sesama sendiri?

Kembali pada topik asal, ada yang berkata perdebatan harus dibuat diantara PapaGomo dan Anuar Mohd Nor. Secara peribadi Keris merasakan mereka perlu berhadapan, bertemu dua muka dan berbincang didalam satu forum. Mereka berdiskusi secara ilmiah dan bercakap dengan fakta dan pengisian yang penuh dengan ilmu. Kita pastikan forum itu dapat menonjolkan kebijaksanaan penulis blog didalam berhujah yang mampu menjana tranformasi politik Barisan Nasional yang berkesan. Keris pasti keduanya mampu untuk duduk dan bercakap tentang isu-siu semasa. Perlihatkan kepada orang ramai bahawasanya kita blogger pro-BN adalah golongan pemikir.

Berkenaan dengan video yang diperkatakan sebagai bukti harus ditayangkan dan perlu mendengar penjelasan kedua-dua pihak. Buatlah segala apa yang perlu asalkan masalah ini selesai termasuk membersihkan nama masing-masing dengan bermubahalah. Sebagai seorang penulis blog muda, Keris merasakan sikap menuduh sesama sendiri ini sebagai satu gejala yang tidak sihat. Semuanya boleh diselesaikan dengan berdiskusi bukan dengan provokasi. Kita baca semula apa yang saudara Anuar Mohd Nor tulis tentang isu pertikaian ini.



04hb FEB 2012 – Tidak menjadi hasrat untuk berbalah dengan hanya kata-kata yang dilemparkan. Tuduhan amat mudah. Percakapan amat mudah. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan perbalahan dan memohon untuk semua yang hadir pada forum www.umno-reform2.com baik yang menyokong mahupun yang tidak untuk tidak memanjangkan komen yang tidak budiman. Saya BERTERIMA KASIH kepada mereka yang telah menghantar SMS – EMAIL dan laman blog yang menunjukkan sokongan kepada nilai penulisan dan arah tuju politik serta idealisme yang mahu saya bawa. Saya telah menyarankan kepada pihak terbabit untuk mengemukakan bukti, hadir untuk sama-sama menonton dan menyiarkan video yang dikatakan melibatkan saya serta sama-sama untuk mendengar penjelasan dan akhirnya untuk mengambil sumpah untuk mencari kebenaran. Saya juga bersedia – untuk disiasat – oleh mana-mana pihak dan keterbukaan saya hanya untuk memastikan kebenaran terselongkar agak kita sama-sama dapat meneruskan usaha untuk memastikan BN/UMNO terus menjadi wadah politik. Anuar Mohd Nor

Keris juga ingin menyeru pembaca menolak kelucahan dan bahasa kesat dalam penulisan kerana yang akan membaca tulisan kita nanti bukan sahaja datangnya daripada rakyat yang sudah berumur, malahan akan dibaca oleh anak-anak kecil di sekolah. Bercakap tentang 'agen pembangkang' yang masuk kedalam majlis Barisan Nasional, apa kata mereka tentang kehadiran Aduka Taruna di Konvensyen Media Sosial Negeri Kelantan?


K7L : So you wanna dance or do you wanna sit here and have a heart attack?..Lets Tango!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk