02/02/2012

Siapa Datuk Bandar Kelak Jika Pembangkang Berkuasa?


Kebanyakan kakitangan awam dan swasta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya bercuti sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan. Ketika ini juga anak Ketua Pembangkang Nurul Izzah Anwar mahu membangkitkan isu jawatan Datuk Bandar Kuala Lumpur perlu dibuat menerusi pilihan raya.

Nampak sangat Naib Presiden PKR itu mendendangkan lagu yang pernah dimainkan oleh Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw pada 2008 selepas pembangkang menguasai banyak kerusi Parlimen Kuala Lumpur. Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada tahun 2010 juga mahu pemilihan ahli-ahli majlis perbandaran dibuat melalui pilihan raya.

Apa yang tak kena dengan pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur hingga jawatan itu mahu dijadikan kerusi politik? Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menggunakan alasan sejak tahun 1965, pilihan raya ahli-ahli majlis tempatan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak lagi dijalankan. Bagi Nurul Izzah, masanya telah tiba, setelah 47 tahun berlalu untuk dikembalikan hak rakyat membuat pilihan semula.

Satu lagi alasannya ialah persoalan sama ada DBKL telah menjelaskan kepada pembayar cukai pintu tentang penggunaan wang sebanyak RM2.3 bilion dalam bajet 2012 DBKL. Atas dua alasan itu dan mungkin berlandaskan sistem demokrasi, perlukah cadangan itu dituruti? Apakah dengan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan, maka kesemua soalan berkenaan akan terjawab? Apakah warga kota akan berpuas hati dengan datuk bandar yang dipilih melalui undi dan bukan berdasarkan kewibawaan?

Apakah datuk bandar yang benar-benar dipilih penduduk Kuala Lumpur itu akan berani untuk menyuarakan hati nurani warga kota? Kalau tak suka, maka warga kota boleh membantah dan tumbangkannya. Maka adakan lagi pilihan raya lagi untuk pilih datuk bandar baharu. Itukah yang pembangkang mahu? Bukan semua jawatan datuk bandar boleh dipilih secara pilihan raya. Dalam pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur, kita ada undang-undang.

Jika hendak adakan pilihan raya datuk bandar maka ia perlu dibawa ke Parlimen kerana ia melibatkan pindaan akta. Pelantikan datuk bandar adalah di bawah Seksyen 4 Akta Ibukota Persekutuan 1960 yang memberikan hak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukannya. Datuk bandar pula dibantu oleh Lembaga Penasihat Bandaraya yang mana ahli-ahlinya juga dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Seksyen 6 Akta Ibukota Persekutuan 1960.

Maknanya, walaupun dalam pilihan raya umum 2008, pembangkang menguasai 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Kuala Lumpur tetapi mereka tidak boleh menentukan siapa menjadi datuk bandar. Orang Melayu kena beringat-ingat dalam menyokong cadangan yang dibangkitkan pihak pembangkang. Berhati-hati dengan yang tersurat itu memang nampak menarik tetapi fikirkan kesan daripada yang tersirat. Kalau idea pilihan raya datuk bandar ini disokong, agak-agaknya siapa yang akan menjadi datuk bandar?

Ingatlah, orang Cina adalah penduduk dan pengundi majoriti di semua bandar besar. Inilah strategi DAP yang mahu pilihan raya kerajaan tempatan diadakan kerana mereka yakin akan dapat memiliki pentadbiran bandar dan majlis tempatan. Mereka akan memastikan orang Cina, yang kini menguasai ekonomi dan kekayaan negara, akan terus diperkasakan dengan jawatan politik dalam kerajaan tempatan. Bagaimana pula kedudukan Melayu dan bumiputera jika kuasa datuk bandar ada di tangan mereka?

Selama ini pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur tak ada masalah. Mereka yang dilantik itu dipilih daripada pegawai tinggi perkhidmatan awam yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan. Di bawah teraju mereka, kemudahan di bandar raya Kuala Lumpur terutamanya dari segi pengangkutan awam seperti bas dan komuter bertambah baik.

Selain itu, usaha pemodenan bandar raya diteruskan untuk kebaikan warga kota pada masa akan datang. Sekurang-kurangnya kita bersyukur kerana Kuala Lumpur menyediakan suasana kehidupan yang lebih baik dan komprehensif, menjadikannya tempat yang sempurna untuk bekerja, bercuti dan berehat. Tak semestinya apa yang baik di negara orang, sesuai untuk negara kita.
- Utusan Online -

Keris tertanya-tanya apakah maksud sebenar Izzah berkata bergitu? Dia nak jadi Datin Bandar? Pada pendapat Keris didalam mengeluarkan sebarang soalan mahupun kenyataan, tolong kaji dan selidik dalam-dalam jika tidak mahu jadi seperti anak ketua umum ini.

Lihat sahaja entah kali yang keberapa dia mengeluarkan kenyataan 'tidak berasas' dan antara yang Keris ingat adalah isu Wain, KR1M dan yang terbaru Datuk Bandar. Adakah ini tahap idea seorang 'pemikir pembangkang' yang digelar pemimpin?

K7L : Berapa kerusi milik orang Melayu di Wilayah Persekutuan?..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk