Seorang bayi dilahirkan sehari sebelum UMNO ditubuhkan iaitu pada 10 Mei 1946. Sehingga ke hari ini bayi tersebut yang telah dewasa berdarah 'UMNO'. Dan darah 'UMNO' itu dialirkan kepada Keris sehinggakan perjuangan yang tidak dipaksa dan tidak didendangkan ini terus membara.
Apapun buat Ayahanda Keris, Selamat hari lahir dan perjuanganmu akan Keris teruskan dalam membawa UMNO ke fasa tranformasi yang lebih tersusun. Sentiasa terngiang-ngiang bisikan Ayahanda akan apa itu perjuangan dan apa itu UMNO.
Terima kasih kerana tidak pernah memaksa Keris untuk menyokong UMNO namun sentiasa memberi sokongan padu buat Keris menulis di blog ini.
Juga ucapan Selamat ulangtahun buat UMNO yang ke 67.
- Najib Razak (11 Mei 2012)
Sambutan Hari UMNO : 11 MEI 2013/ 1 REJAB 1434H.
Surau Ar-Rahman, Aras 3, Menara Dato' Onn, PWTC.
Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC.
Berikut adalah atur cara Hari UMNO yang akan diadakan di PWTC:
6.45 ptg: Ketibaan jemputan
6.50 ptg: Ketibaan Ahli Majlis Tertinggi
7.10 ptg: Ketibaan Timbalan Presiden Parti
7.15 ptg: Ketibaan Presiden Parti
SOLAT DI SURAU AR-RAHMAN, ARAS 3
7.20 mlm: Solat Maghrib, bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran
8.32 mlm: Solat Isyak
DEWAN MERDEKA, ARAS 4
8.40 mlm: Ketibaan Jemputan dari Parti-parti Kompenan BN
8.50 mlm: Upacara menaikkan bendera UMNO diiringi Nyanyian Lagu UMNO
9.00 mlm: Ucapan Presiden UMNO
Jamuan
Bersurai
K7L : Mai jemput hadir semua..
aku terlahir 2 hari selepas MALAYSIA ditubuhkan. Namun darah UMNOku telah sedia mengalir lama sebelum itu. Kasih sayang kepada parti KERAMAT ini tidak pernah luntur setitispun malah andai ada yang sanggup menggadai untuk sesen upah mahu aku hunuskan keris saktiku daripada melihat anak bangsaku MEREMPAT di tanah-air warisan dari nenek-moyangku. Selamat ulangtahun UMNO ke 67 semoga bertahan 67 tahun lagi. Amiin.
ReplyDelete