02/05/2013

Husam Musa Amal Politik Kura-Kura? Kickdefella Dah Dedah Sikit! #HusamPenipu #HusamGoyang #PRU13




Calon Parlimen Putrajaya, Husam Musa adalah pengamal tegar politik kura-kura. Apakah politik kura-kura? Berikut adalah pesanan daripada Kickdefella.

Sahabat baik Husam pernah memberi tahu saya bahawa Husam Musa adalah pengamal politik kura-kura. Maksud politik kura-kura ialah bila wujud krisis atau tekanan, Husam akan menyembunyikan dirinya dan mengelak daripada berdepan dengan isu sebenar. Sama seperti kura-kura menyembunyikan kepalanya.

Telahan itu memang tepat dan terbukti.

Saya sendiri telah beberapa kali menyaksikan kelicikan Husam bermain politik kura-kura. 


(1) Di dalam isu Arifahmi. Padahal Husam adalah pengkritik tegar menantu Nik Aziz dan pernah secara terbuka kepada kami para sahabatnya Husam mengatakan macam-macam untuk merendahkan Arifahmi. Tetapi bila berlaku krisis, Husamlah orang yang paling senyap dan sunyi. 

(2) Apabila timbul isu berhubung dengan pemberian RM4 juta untuk saya menguruskan aktiviti perang saraf dan gerak saraf terhadap Kerajaan Abdullah Ahmad Badawi, Husam juga menjadi kura-kura.

Husam hanya akan bersuara dan kembali ke hadapan dengan lenggang lenggoknya bila keadaan sudah terkawal dan ramai sudah ‘tercedera’. Ketika itulah Husam tampil hendak menjadi wira dan juga mengaku kononnya selama ini dia adalah mangsa dan teraniaya.


Di dalam kes saman Husam terhadap saya, pengikut Husam tidak perlu risau. Saya sentiasa komited untuk menentang Husam di mahkamah bahkan saya lah yang mempelawa Husam untuk menyaman saya. Tetapi tolonglah nasihat Husam supaya jangan sekadar pandai menyaman tetapi rajin-rajinlah melapangkan masa untuk naik beri keterangan di mahkamah.

Di dalam kes saman pertama Husam sudah tiga kali tidak hadir memberi keterangan sehinggakan kes terus tertangguh. Husam dijadualkan memberi keterangan selaku plaintif pada 19 Disember 2012 tetapi tidak hadir ke mahkamah dan pihaknya meminta kes ditangguhkan. Apabila kes disambung bicara pada 28 Februari 2012, Husam sekali lagi memohon kes ditangguhkan. Apabila kes sambung bicara pada 4 Mac 2013, Husam sekali lagi tidak hadir mengakibatkan kes ditangguh lagi ke 2 Mei 2013. Malangnya niat menyaksikan Husam naik beri keterangan dan disoal balas oleh peguam saya sebelum PRU ke 13 tidak tercapai apabila Husam sekali lagi memohon menangguhkan kes yang patut dibicarakan 3 hari sebelum hari mengundi.

Kini Husam saman saya sekali lagi. Saya gembira dan menyahut baik saman barunya dan seperti biasa saya pasti akan komited untuk melawan saman ini. Husam tidak perlu risau. Yang perlu risau ialah pengundi di Putrajaya. Apakah individu sebegini yang mereka mahukan sebagai wakil mereka?

Sebab itulah saya mencabar Husam untuk bersama saya berdialog sambil membuat ujian poligraf di Putrajaya. Biar masyarakat Putrajaya lihat keputusannya, siapa yang berbohong, Husam atau saya. Saya juga mencabar Husam untuk membuat laporan polis terhadap isikandungan buku mengenai dirinya. Biar kita sama-sama tunggu keputusan siasatan sama ada kandungan itu benar atau tidak. Seperti saya kata, setakat maklumat yang saya akses sepanjang bersama Husam, maklumat itu yang tercatat di dalam buku itu adalah benar seperti saya tahu.


Pengundi di Putrajaya patut menolak pemimpin yang sahabatnya sendiri klasifikasikan sebagai pengamal politik kura-kura.

Bahkan bukan itu sahaja yang sahabat itu ceritakan. Dia juga bercerita tentang dua orang PAS yang masuk ke Muzium Seks di Amsterdam.

Kepada pemilih di Putrajaya, tolaklah pengamal politik kura-kura.

K7L : #HusamPenipu #TolakHusam #UndiBN

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk