04/05/2013

Punca Mengapa #HusamPenipu Tak Jalani Ujian Poligraf Cabaran @kickdefella ! #PRU13 #TolakHusam



Hairankan kenapa Husam Musa takut untuk ke mahkamah dan asyik minta penangguhan? Tak pelik kah pengundi Putrajaya bila Husam tidak berani melakukan perkara-perkara berikut?

1. Dialog tentang janji-janji isu-isu berkaitan dirinya di dalam buku Kenali Siapa Husam 

2. Membuat ujian poligraf bersama-sama dengan Kickdafella untuk membuktikan kedua-duanya tidak berbohong dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya

3. Membuat satu lagi laporan polis supaya polis boleh menyiasat kebenaran kandungan buku Kenali Siapa Husam

4. Terkini - rupanya Husam juga takut ke Mahkamah

Ini merupakan text yang diterima dari Kickdafella mengenai tindakan Husam `melarikan diri' dari menghadiri perbicaraan di mahkamah

Husam saman saja pandai tapi pergi mahkamah tak jugak. Husam saman saya dua kali, saman pertama patut bicara pada 18-19/12/2012 tapi bila hari bicara husam balik Kelantan dan mintak tangguh kes. Mahkamah tetapkan bicara 28/2-1/3/2013. Dua hari sebelum bicara Husam mohon tangguh kes. Mahkamah tetapkan bicara 4-8/3/2013 Husam bagi MC dan mintak tangguh lagi. Mahkamah tetapkan 2-3/5/2013. Skrg Husam tangguh lagi. Saman lama asyik tangguh sekarang saman baru pulak. Husam dan rakyat Malaysia tak perlu risau sbb saya akan komited utk lawan saman kedua ini seperti saman pertama dulu. Cuma mohon bantuan penduduk Putrajaya dan semua rakyat Malaysia supaya nasihat Husam jangan sekadar berani saman tetapi beranilah juga berdepan dengan peguam saya untuk disoal balas ketika beliau di dalam sumpah di Mahkamah. Jangan duduk asyik mengelak. Dua hari lepas mahkamah meminta saya failkan pembelaan saya sebelum 22/5/2013. Tidak ada masalah. Sebelum 22/5/2013 pembelaan saya akan difailkan. Syed Azidi / Kickdefella. 30/4/2013

Apakah yang hendak Husam sembunyikan dengan menghindari perbicaraan di mahkamah, dialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Adakah 10 perkara ini?










K7L : Kalau tak tipu Husam perlu jawab!

2 ulasan:

  1. INGATAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG BAKAL MENGUNDI...
    Sebelum mengundi pasikan fikir lah semasak masak nya sebelum mencoretkan kertas undi.
    1. Pertama jangan undi lambang bulan. Jangan. Kerana apa? Kerana itu adalah lambang parti PAS. Iaitu parti angkutan sampah serta angguk sahaja...sebabnya:-
    a. Calun PAS tidak hisap rokok, kata Nik Aziz. Tetapi banyak benda mereka hisap.
    b. Disebabkan nak sangat kuasa PAS letak Cina, India dan Iban sebagai calun, agama itu tidak penting, malahan orang orang DAP pun akan pakai lambang bulan. Pemimpin DAP dah melarang non muslim mengundi PAS tapi para pemimpin PAS masih tak reti bahasa dengan mengatakan DAP bersetuju dengan negara islam.
    c. Agama islam dah mereka buang, bukan itu sahaja nama allah mereka sanggop konsi dengan sikapir, malah mengiftiraf LBT dan murtad sehingakan nike ajis menjatuhkan hukum sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala..seolah-olah dia yyang layak menjatuhkan hukum.
    d. PAS sangat bodoh dalam soal pengurusan ekonomi..Ilmu ekonomi mereka hanyalah tebang pokok dan gondol bukit, gadai tanah...punya la benak PAS sehinggakan terbinanya pasaraya di kota baru dikata mercu kelantan maju. sungguhnya menjadi sebagai imam surau dan masjid itu tidak mesti pandai mengurus ekonomi, apa lagi mengurus sebuah negeri.
    e. Sudah 27 tahun PAS memerintah Kelantan. Masalah asas seperti air yang bersih untuk rakyat pun tidak mampu diuruskan. Apatah lagi isu-isu yang besar yang memerlukan pemerintah yang berwibawa untuk meneraju negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran.
    f. PAS Kelantan telah gagal dalam urusan agama berdasarkan statistik penagih dadah paling banyak, pesakit AIDS paling ramai, masalah sosial seperti pelacuran berleluasa.
    g. Dasar pembangunan nike ajis cuma kerap beroperasi memacakkan batu asas untuk projek yang tidak pernah mahu dilaksanakan. Rakyat Kelantan dibohongi KONONnya hebat pentadbiran Nik Aziz melalui jumlah batu asas bukan nya berlandaskan projek yang dilaksanakan dan siap.
    Sebuah jambatan yang KONON nya mahu dibina 17 tahun dulu telah diletakkan batu asas untuk menipu rakyat Kelantan yang sampai sudah tak pun dibina. Kini Highway baru pula diletakkan batu asas sekadar nak “belawok”. Semua duit kutipan derma untuk highway itu lenyap bersama penipuan PAS Kelantan. baru-baru ini nike ajis berangan dengan projek Super Mega, projek keretapi laju yang menghubungkan Kelantan dan Pahang serta Stadium Baru Kelantan pun dipacak batu asas di Pasir Puteh…tetapi janji BN untuk membina jambatan di Manik Urai,walaupun tewas dalam PRK tetapi jambatan tu dah boleh digunakan.

    h. Jikalau nike ajis mempunyai ilmu ekonomi maka sudah lama Lembah Sireh di siapkan, tetapi sampai sekarang hanya 1/5 siap. Jadi apa guna kita pangkah orang yang tidak tahu apa benda selain pecah tanah?. Tak guna langsung.
    Nike ajis memimpin selama 23 tahun kerana kita semua di tipu hidup hidup. Bayangkan bagaimana keadaan kita sekiranya pengundian di jalankan dengan pengundian bersih, tanpa di tipu oleh para pengikut Nik Aziz?
    Ingat lah jangan di tipu lagi. Di ibaratkan Pas berada dalam sebuah rumah jamban pecah dan penuh sampah sarap dan tahap limpahan tahi yang amat kritikal. Bau busuk nya ke seluruh penjuru tempat. Hancur kan Pas dan bakar rumah mereka agar kita hidup tanpa bau busuk dari kerenah yang di balakan Allah keatas parti mereka. Balasan tuhan itu amat nyata.

    ReplyDelete
  2. Bagi orang melayu negara ini yang susah sangat hendak faham fakta yang berjela-jela oleh K7L (terima kasih), mudah sahaja.

    Panggil mana-mana budak tadika dan tanya satu soalan mudah sahaja kepada budak itu. Soalannya : Mencuri dan berbohong itu baik atau tidak? Dengar sendiri jawapannya.

    Kemudian selepas itu tanyalah soalan yang sama itu kepada mana-mana imam masjid yang berdekatan kita dan dengar sendiri jawapannya.

    Kalau masih belum berpuas hati, balik rumah buka Al-Quran dan baca sendiri. Cari ayat-ayat jika ada yang tidak sama dengan budak tadika dan imam kita itu.

    Yakinlah bahawa sesuatu kebenaran itu datangnya dari Tuhan Pengasih dan Penyayang, Penguasa Sekalian Alam. Dan Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar dan sabar.

    Sebab itulah kita terpaksa mengakui dan menyokong sesuatu kebenaran itu walaupun ia sungguh pahit dan amat menyiksakan jika kita benar-benar orang yang beriman.

    Jalankanlah tanggungjawab kita mesing-masing kepada negara yang berdaulat dan bertuah ini. Undilah mengikut gerak hati (qalbu) sendiri dengan ikhlas dan tidak mengikut emosi dan ego yang tinggi.

    Pohon Allah izinkan kemenangan bagi BN.

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk