04/05/2013

Jangan Perjudikan Masa Depan Dengan Undi Pakatan Di Selangor! Ingat #IsuAirSgor Mereka Gagal!



Okay! Dari poster diatas itu salah sebenarnya. Mula-mula sekali kesilapan poster tersebut adalah watak loser si Khalid memang tak layak letak kat situ. Ayat dia pun tak kena langsung. Patut letak gambar badut cat warna biru cair.

Lepastu bukan pegang budak kecik tapi pegang paip air sekali dengan dokumen-dokumen kajian yang tidak diterangkan kepada rakyat tentang penstrukturan semula air serta penggunaan teknologi membran.

Ayat yang tulis for the future tu kena tukar jadi demi masa depan Selangor yang kering kontang! Puiii! Keris tak faham langsung dengan Pakatan ni. Dah gagal banyak dah tapi berlagak macam hero sepanjang masa!

Dah lima tahun Oppa Khalid Loser jadi menteri besar yang tidak disukai Azmin di Selangor. Lima tahun tu tersangat lama untuk Oppa Khalid Loser buat perubahan selepas Pakatan menjajah di Selangor.

Benar banyak yang berubah! Entah berapa banyak asset Selangor dah kena jual? Entah berapa keping tanah kena gadai kat bumi Selangor? Masalah rakyat terlampau banyak dihasilkan akibat daripada sandiwara politik pakatan sendiri.

Yang paling besar sekali masalah yang membuatkan seluruh rakyat Selangor, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan. Dia wujudkan kebimbangan terhadap nikmat yang Allah beri di dunia ni iaitu krisis air di Selangor.

Isu air ini dia sendiri yang mulakan dengan membekukan CAPEX Syabas yang mana Syabas nak buat kerja mengganti paip-paip lama. Perlukan sedikit dana dahulu namun dia sekat. Antara punca pertama dia sendiri mencipta krisis air.

Lepas itu tak habis-habis dengan penstrukturan semula yang tak pernah berjaya. Dari hari ke hari, minggu ke minggu bawak ke tahun sampailah sekarang ni dah dekat nak pilihanraya umum. Masih tidak selesai.

Siap nak buat kaedah air yang pelik-pelik dan merapu macam penggunaan teknologi membrane. Kata nak kaji lah apa lah tapi still tak jalan. Penuh dengan fantasi dan fatamorgana sahaja yang bermain di kepala Khalid.

Yang Khalid pandai Cuma tuduh orang lain buat salah atas kesilapan yang dia buat sendiri lagi adalah! Kalau datang Selangor mustahil tak dengar rakyat merungut sana sini. Ada je masalah yang Khalid tak selesaikan tapi hanya pandai menabur janji.

Bila tak mampu tunaikan, dia kilas kata manifesto yang dulu dia buat buka satu janji. Puiii lagi sekali! Cuba tengok Kerajaan Barisan Nasional. Masalah rakyat didahulukan untuk diselesaikan terutamanya masalah air.

Loji Rawatan Air Langat 2 hendak dibina dan hanya perlukan persetujuan sahaja daripada Kerajaan Pakatan Selangor. Tapi sebab ego, bongkak dan sandiwara politik bongok, rakyat yang terima akibat dengan berhadapan masalah air bukan sehari dua tapi sampai sepuluh hari!

Pakar air dah kata air tak cukup dia kata cukup. Sampaikan member dia yang nak jatuhkan dia ada cakap mereka di Selangor mandi sampai 7 kali sehari.



Lima tahun bagi masa masalah sampah tak selesai. Banyak tempat ada masalah sampah dengan tak kutipnya! Selangor yang indah terus tukar jadi kotor.

Silap haribulan kalau bagi lagi kuasa pada puak Pakatan ni, boleh jadi negeri yang dipenuhi dengan sampah akibat pengurusan sampah tak betul. Kalau sampah pun tak setel, air tak setel macamana nak majukan Selangor?

Kali ini rakyat Selangor jangan bagi peluang sedikit pun kepada peranap negeri Selangor yang indah ini. Keris anak kelahiran Selangor. Memang sayang dengan Selangor. Jadi jangan perjudikan masa depan anak-anak anda dengan puak penghancur ini!


K7L : Undi Pakatan membawa kehancuran Negara..

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk