12/05/2013

Pengalaman Pasukan VAT69 Bravo Selamatkan Anggota Daripada Terkoraban Ketika #LahadDatu #JanjiBerdarah



VAT69 Bravo selamatkan lebih ramai anggota daripada terkorban

"Ibarat hujan peluru." Itulah ungkapan anggota-anggota Komando VAT69 bagi menggambarkan pertempuran dengan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu 1 Mac lepas.

Insp Azwanazlee Saffiai, 33, berkata, terdapat dua pasukan yang bertempur dengan kumpulan militan itu iaitu Pasukan Gerakan Khas (PGK) VAT 69 Bravo dan Charlie.

Bertindak sebagai komander kumpulan bagi sektor Bravo terdiri daripada 34 anggota dan pegawai, beliau berkata pertempuran berlaku selepas pengganas cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie.

"Sewaktu cuba mengepung pasukan keselamatan Charlie yang juga dianggotai 34 anggota dan pegawai, pengganas memasuki kawasan sektor Bravo dan mereka kemudian mengeluarkan arahan supaya sektor kami (Bravo) beredar meninggalkan kawasan.

"Kami (Bravo) enggan berganjak sebaliknya cuba mendapatkan arahan daripada komander untuk melepaskan tembakan. Pihak pengganas yang sebelum itu memberi amaran 'berambus Tiger, balik' (kepada kami) telah melepaskan tembakan kerana kami tidak mahu berundur," katanya kepada Bernama semalam.

"Mereka (pengganas) cuba rapat dengan kami dan mengacukan senjata serta melepaskan tembakan bertubi-tubi dalam jarak kira-kira 10 meter," katanya.

Pertempuran yang berterusan selama sejam itu mengorbankan dua anggota polis iaitu ASP Zulkifli Mamat, 29, dan Sjn Sabaruddin Daud, 46. Pasukan keselamatan menembak mati 15 musuh. Azwanazlee berkata, dalam pertempuran di kawasan kelapa sawit yang berpaya itu, beliau mendapati beberapa anggota pengganas sukar ditumpaskan walaupun ditembak bertubi-tubi.

"Kami rasa mereka seolah-olah memakai ilmu kebal kerana walaupun telah ditembak berkali-kali tetapi tidak jatuh. Arahan untuk menembak di bahagian kepala diterima dan ia akhirnya berjaya menumpaskan pengganas itu," katanya.

Berkongsi pengalaman sama, Kpl Muhammad Imran Abd Talib, 28, yang diatur gerak dalam satu lagi pasukan iaitu sektor Alpha di Kampung Tanduo berkata, beliau dapat menumpaskan pengganas dalam jarak yang paling dekat iaitu kira-kira dua meter.

"Saya masuk kampung Tanduo pada 28 Februari dan pada pagi 1 Mac saya dan rakan lain diletakkan dalam keadaan siap siaga. Ketika itu kami sedang menyediakan makanan sebelum mendengar bunyi tembakan di kawasan sektor Bravo," kata anak bekas komando itu.

Beliau berkata, pokok kelapa sawit menjadi tempat perlindungan daripada serangan pengganas. "Bertempur dalam hutan tidak sama dengan bertempur di kawasan ladang kelapa sawit dengan binaan rumah yang tidak banyak.

Pemandangan menjadi lebih luas dan ia mudah untuk dilihat musuh, itu antara cabaran yang harus ditempuhi ketika itu. "Selepas bertempur saya lihat tempat perlindungan saya dipenuhi kesan tembakan.
Saya bersyukur kerana peluru yang datang seperti hujan itu tidak mengenai saya," katanya.
Muhammad Imran yang terpaksa menangguhkan pertunangannya, berkata beliau bangga kerana dapat menyumbang kudrat demi mempertahankan negara. - Bernama

3 ulasan:

  1. Apa sudah jd dgn siasatan pdrm tentang siapakah dalangnya pencerobohan di lahad datu? Jangan plak pdrm buat senyap je.

    ReplyDelete
  2. Semakin byk menghina menuduh semakin byklah pahala almarhum itu...fitnah bertukar menjadi pahala...

    Hanya satu mulut memfitnah...dosa dipikul melimpah bertimbun walaupun org lain berbunyi kerana puncanya dari mulut anda...sepjg hayat dosa dikutip.....

    Selama itu jugalah almarhum mengumpul pahala...alhamdulillah....


    Kalaulah anda marah kerana saman jumlahnya ..... Tak setimpal dgn nyawa dan perngorbanan almarhum utk negara bangsa agama...

    Saman tu memang salah anda...BERPERANG MELIBATKAN NYAWA DGN IKHLAS dgn gaji yg sama....ANDA SANGGUP......

    Satu pihak tiduq lena nyenyak sampai keluaq air liuq...satu pihak berdisko hua hua hua..satu pihak makan kenyang buntang....

    SATU LAGI BERGOLOK GADAI NYAWA....
    BANGAP BAHALOL TOLOL GUNA OTAK SEBELUM BERJEMAAH MENUDUH.....






    ReplyDelete
  3. Ya betul. Zahid Hamidi pun ckp tangkapan akan dibuat selepas pru. Dah seminggu dah ni. Jgn peduli dgn roadshow anwar. Dia tetap akan buat sampai la dia mampus. Takkan berenti

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk