03/05/2013

Majlis Syura PAS Keluarkan Surat Sulit - Jangan Undi Calon Lain Selain PAS! #PakatanRebah #PRU13


Difahamkan melalui emel ini, satu maklumat sulit telah dibocorkan dan berjaya dikesan. Maklumat sulit tersebut merupakan arahan daripada pihak PAS Pusat kepada semua ahli PAS seluruh Malaysia.

Emel tersebut telah dihantar daripada orang PAS sendiri.

Klik Imej untuk besarkan


Apa yang menarik minat Keris adalah attachment yang dilampirkan :

Apa yang dapat diterjemahkan daripada emel tersebut, arahan tersebut memang datang daripada PAS Pusat yang seakan didesak oleh Majlis Syura PAS untuk 'mufarakah' daripada Pakatan Rakyat.

Satu lagi, arahan ini dimaklumkan merupakan arahan sulit yang menjadi edaran senyap buat semua ahli PAS. Ia seolah membisikkan hanya undi calon PAS sahaja dan tidak memangkah undi untuk mana-mana calon lain termasuk PKR dan DAP.

Nampaknya ada kebenaran pada satu posting blog oleh Azmin Ali yang merupakan Timbalan Presiden PKR pagi tadi. Melalui blog tersebut dikesan Azmin telah mempersoalkan akan wujudnya satu usaha oleh parti/individu tidak bernama untuk mufarakah.

Namun begitu entri blog tersebut telah dipadam mungkin kerana ditegur oleh pihak yang lebih 'atas' daripada Azmin. Tetapi Keris ada menerima 'printscreen' tulisan blog Azmin daripada rakan.


Keris juga ada baca di Kritis Online yang ada transkrip penuh tulisan Azmin di blognya sebelum dipadam --> [Klik SINI]

Jadi benarlah PAS sedang dalam usaha untuk berpisah daripada Pakatan? Azmin sudah mengesannya dan PAS juga sudah 'berbisik' sesama sendiri untuk hanya sokong Calon PAS. Apakah kini Pakatan akan menjadi Pakatan Rebah?


K7L : Azmin memang ada masalah kan?

8 ulasan:

  1. banyak sgt error-nya dalam SURAT-PALSU tu...
    ..Letter-Head berdaftar di Penang?
    ..No.Rujukkan sangat2 meragukan
    ..Font "Pejabat Agung" Berbeza dgn font Letter-head.
    ..
    cuba tunjuk email sender dia... silap2 tiada dalam Direktori PAS

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah Yg ni aku sokong biar PAS jadi pembangkang pun takpa janji maruah dan prinsip dipegang buat apa nak pakat dengan musuh islam tu Semoga PAS akan terus berjaya dimasa hadapan buang makhluk2 perosak yg ada dalam PAS tu Insyallah pertolongan ALLAH akan datang.

    ReplyDelete
  3. Letter head tu betul..

    berdaftar di penang tu pon betul..tak caya tengok letter head yg sama digunakan utk PAS panggil ahli sertai himpunan oren di sini:
    http://shalehudin.blogspot.com/2012/07/mampuih-la-umno-kali-nie-pas-dah-buat.html

    ReplyDelete
  4. takda dppmalaysia@pas.org.my dalam directory email pas...

    ReplyDelete
  5. sorry email tu ada.. tapi nama profile lain

    ReplyDelete
  6. no rujukan 09-14.. weh ko naik mesin masa ke?

    ReplyDelete
  7. Menarik tapi sejauh manakah kebenarannya?

    [Ingin Tahu]

    ReplyDelete
  8. BENAR...mohon rujuk arahan dikawasan msing2...Dapatkan info segera...

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk