20/05/2013

Orang PAS Selangor Mula Bersuara Mengapa Bukan Rani Jadi MB!



Semalam Keris pergi ke Klang untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan. Jumpa ramai kawan yang sudah lama tidak ketemu. Ada yang sokong UMNO dan ada yang sokong PAS. Bagi kami ideologi politik tidak membataskan persahabatan.

Terdapat dua perbincangan yang hangat semalam. Semua daripada mereka bersetuju untuk PAS dan UMNO di Selangor bergabung demi kesejahteraan Islam di Selangor yang dilihat semakin hari semakin 'dilenyapkan' secara halus.

Mereka sedar akan Kalimah Allah yang diperdebatkan bermula di Selangor. Kemudian kisah murtad yang juga berlaku di Selangor termasuk kes penarikan penjualan arak kepada premis yang dibatalkan.

Itu satu hal, mereka dah sedar yang PAS perlu dipayungi oleh UMNO jika benar-benar mahu lihat Islam itu kuat di Selangor. Keduanya adalah berkenaan siapa patut jadi MB. Orang PAS cakap pada Keris, mereka yang merupakan jentera muda PAS memang tidak berpuas hati apabila Khalid Ibrahim dari PKR dipilih menjadi MB Selangor buat penggal yang kedua Pakatan menjadi penjajah di Selangor.

Mereka persoalkan kekuatan PAS yang memenangi 15 kerusi DUN berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN di Selangor. Kata mereka sepatutnya Rani tetapi entah kenapa ada pula yang jadi hero dalam PAS tulis surat dan gunakan kuasa sebagai Presiden untuk pastikan PKR dapat jadi MB.

Padahal puak PAS memang nak Rani jadi MB Selangor selepas mereka ditipu pada tahun 2008. Sepatutya dahulu Dr Hasan Ali yang dijanjikan sebagai MB namun Khalid ambil kerusi MB kerana ketika itu PKR lebih kuar daripada PAS.

Namun begitu sekarang mereka dah lebih dari PKR, bukti mereka lebih layak jadi MB Selangor ketika ini. Ada sorang tu tanya Keris, sejak bila seat MB hanya untuk PKR di Selangor? 

Haha! Camno nak jawab tu jang? Desas-desus mengatakan kini Rani sedang merajuk dengan Haji Hadi sebab dia campurtangan kata PAS Selangor lepaskan jawatan untuk PKR. Malahan orang PAS yang juga rakan Keris ini nak lihat PAS keluar dari Pakatan sebab mereka juga perasan yang PAS hanya 'dikudakan' sahaja.

So sekarang Rani and the gang kat Selangor akan sabotaj MB Selangor? Kita tunggu dan lihat.

K7L : PKR tu besar sangat ke dari PAS?..haha..

3 ulasan:

  1. Alaaa..sekali dapat tawasan kuasa sikit..PAS akan terus senyap laa..sebab mereka ni sebenarnya berjuang untuk duit dan kuasa je sebab tu sanggup jadi pacacai,kuli batak dan budak suruhan DAP dan PKR..sekali kedua-dua puak ni berdehem..bertabur gigi melayu PAS dan terus mengangguk cam burung belatuk.

    ReplyDelete
  2. Jangankn nk jd MB, nk cadang nama kt sultan pun dah kecut, mcm mana nk jaga Islam ni? Jgn ckp sj,,,BUAT!

    ReplyDelete
  3. Orang PAS ceramah aje dan kelentong orang kampung bila bab bawa masuk investment dan hubungan dgn kerajaan luar tak akan guna takbir ajer.. Tu yg takut tu dan beri alasan tanggung jawab seorang MB sangat berat krn amanah dari Allah dan akan ditanya di akhirat kelak.. Tu semua excuse ajerrr

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk