12/11/2011

Kerajaan Bantu Rakyat Melalui KR1M & Subsidi? #saveMsia

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Keris terdengar beberapa kelompok di kawasan Selangor yang masih belum jelas akan apakah objektif KR1M bagi membantu rakyat Malaysia. Di atas kekurangan penjelasan itu, puak Pakatan Rebah telah mengambil kesempatan dengan mencanang bahawa Kerajaan Malaysia tidak membantu rakyat didalam pengawalan harga barang. 

Walhal ramai tahu pihak mana yang bertanggungjawab disebalik kenaikan dan penurunan harga barang. Siapa? DAP? Anda tentukan dan nilai sendiri. Disini Keris kongsi sedikit maklumat dengan harapan tiada lagi yang masih samar-samar tentang mengapa KR1M diwujudkan serta apa kelebihannya kepada rakyat Malaysia.


"Konsep Kedai Rakyat 1Malaysia menguntungkan rakyat kerana harga barangan keperluan asas yang dijual jauh lebih rendah dari kedai biasa malah ada yang dijual bawah dari harga siling. Sebagai contoh, harga susu tepung dijual pada harga RM9.99 berbanding RM15.50 di kedai biasa yang membolehkan rakyat berpendapatan rendah dapat berjimat sebanyak RM5.51 atau 33.5 peratus.Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Cheras sebentar tadi. Kedai itu adalah yang kedua diwujudkan selepas Kelana Jaya dengan menjual 250 jenis barang yang dijenamakan semula. Untuk menyemak harga barangan yang dijual, anda bolehlah mengunjungi portal kedai rakyat 1 Malaysia"


Berbicara pula mengenai subsidi, Keris diberitahu kini puak Pakatan Rebah sudah mula ketar lutut dengan tindakan Kerajaan Malaysia yang progresif didalam mewujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia serta pen
erangan mengenai subsidi kerajaan. Maka mereka mengambil langkah kiri dengan berusaha menipu rakyat melalui ceramah dengan mengatakan bahawa barang di Malaysia tidak pernah turun dan dirompak oleh kerajaan sedangkan barang kawalan disubsidi oleh Kerajaan Persekutuan bagi mengurangkan beban rakyat.


Nak tahu siapa yang sedang bergiat aktif mengagalkan usaha murni kerajan dalam membantu rakyat Malaysia? Baca di SINI dan SINI.





Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris dengar puak pakatan ini sekarang sedang sibuk menipu orang-orang kampung dengan cerita songsang mereka...dasar penipu!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk