19/11/2011

Bob Lokman Kasyaf Dalam Menentukan Seseorang Itu Murtad?

 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


Dipetik daripada blog Pisau :

Roadtour Bob Lokman di Pulau Pinang mengkafirkan rakyat Johor ,artikel Pisau bertarikha 10 Nov.

Bob
 Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.

Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain.


Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram,Jam 5 pagi dah keluar dari rumah,7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"
Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"



Keris
tidak sangka Bob Lokman sudah sudah berubah menjadi seorang manusia 'penjatuh hukum' sama seperti Nik Aziz. Ternyata doktrin PAS telah berjaya meresap kedalam hatinya sehingga tergamak menghamburkan tuduhan sebegitu rupa terhadap rakyat Johor.



Adakah dia bercakap dalam keadaan tidak waras atau khayal?. Apa komen rakyat Johor yang dituduh jatuh murtad?. Apa taraf Bob Lokman sehingga boleh mempertikaikan status agama seseorang dan menjatuhkan hukum?. Keris pohon pembaca menilainya sendiri.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Rakyat Johor diam sahajakah?

3 ulasan:

  1. apa hal dgn Pas ni, daripada atas sampai kebawah berlumba2 nak murtadkan org lain ni....

    kononya dpt hidayah, hidayah apa? hidayah utk memurtadkan org?

    wow baru dpt hidayah dah mampu jatuh hukum murtad pd org lain...

    semakin merapu bob ni.... ini ke org yg dibanggakan oleh Pas... hancur/memalukan

    ReplyDelete
  2. dia dah dapat kasyaf tu..dari kerajaan langit ke 8..tempat bersemayaman ayah pin-pon!
    ini macam punya orang pun ada ka?

    baru rasa insaf, dapat hidayah, terus menyembur2 ka orang lain? insafka?

    baikla ko jadi maharaja lawak Bob! takdela orang nak marah kalau ko buat lawak bodo atas pentas...

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM....saya merupakan orang johor...
    Ape yang cbe disampaikan oleh Saudara bob ini...???
    kami orang johor tidak pernah kacau hidup saudara...
    Jangan kita mencela sesama umat islam....
    Adakah saudara Bob mempunyai kusa lebih daripada allah...????
    Sanggup menuduh orang islam yang mencari Rezeki di negara orang sebagai orang yang murtad????????????
    Subhanallah... Minta saudara Bob Bertaubat....

    ReplyDelete

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk