18/11/2011

Amaran Keras Buat Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2011


 بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t


KUALA LUMPUR, 15 Nov- Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shaifuddin Abdullah melihat Perhimpunan Agung UMNO pada 29 November hingga 3 Disember ini amat penting kerana ia dianggap perhimpunan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

“Perhatian luar biasa akan diberikan kepada Ucapan Dasar Presiden yang akan disampaikan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 1 Disember. Ramai mengharapkan beliau akan menjelaskan dan memperincikan transformasi politik yang hendak dilaksanakannya.

“Sebelum ini, beliau mengungkapkan keperluan transformasi politik, iaitu bagi melengkapkan transformasinya dalam kerajaan dan ekonomi. Antara frasa yang pernah digunakannya ialah “politik baru” dan “model baru politik”,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambahnya, sebagai Presiden UMNO, beliau telah melakukan transformasi yang mustahak. Pertama, ialah menambah jumlah ahli yang menjadi perwakilan ke mesyuarat bahagian dan perhimpunan agung. Dan kedua, meluaskan partisipasi ahli, daripada tidak sampai 3,000 orang kepada lebih 150,000 orang, dalam pemilihan pucuk kepemimpinan parti.

Manakala sebagai Perdana Menteri, pendekatan partisipatori dan deliberatif yang digunakannya dalam proses penggubalan transformasi kerajaan adalah satu bentuk inovasi demokrasi.

Beliau menunjukkan hasrat transformasi politik apabila bersedia membenarkan perhimpunan Bersih 2.0 diadakan di dalam stadium, dan komentarnya yang tidak meminati cara penahanan di bawah Ordinan Darurat (EO6) dan penghitaman majalah Economist.

“Setakat ini, ucapan Datuk Seri Mohd Najib yang paling penting tentang transformasi politik ialah Ucapan Hari Malaysia baru-baru ini, di mana beliau mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan proklamasi darurat serta meluaskan kebebasan media. Beliau dengan jelasnya menggerakkan demokrasi yang progresif.

“Justeru, ramai menaruh harapan yang tinggi, bahawa Ucapan Dasarnya kali ini akan menjadi mercu tanda transformasi politik negara. Harapan begini adalah wajar. Ini kerana Parlimen sedang mempunyai jawatankuasa tentang reformasi sistem pilihan raya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Sebenarnya, rakyat telah berubah. Kini, wujud tiga realiti baru, iaitu penggunaan media baru bukan sekadar sebagai alat komunikasi, tetapi sebagai gelanggang beroperasi dan berkongsi; kemunculan kesedaran baru sosial dengan aktiviti-aktiviti yang tak-konvensional; dan transformasi ketiga demokrasi yang memerlukan inovasi politik.

Ketiga-ketiga realiti ini saling lengkap melengkapi sehingga mencetuskan satu fenomena baru yang besar yang saya umpamakan sebagai “keretapi bergerak laju”.

Dalam konteks ini, satu-satunya pilihan yang ada ialah segera menaiki keretapi dan memandunya.

“Di samping itu, terdapat pelbagai isu demokrasi kontemporari yang perlu diambil kira. Contohnya, pendaftaran automatik pemilih, 18 tahun layak mengundi, mewujudkan referendum, pilihan raya kerajaan tempatan, integriti politik, kerangka governans baru, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif.

Pengharapan tinggi terhadap transformasi politik dalam Ucapan Dasar Datuk Seri Mohd Najib dijangka mempengaruhi ucapan-ucapan dan perbahasan-perbahasan di perhimpunan Wanita, Pemuda dan Puteri pada 29-30 November, iaitu sebelum Ucapan Dasar Presiden disampaikan, dan seterusnya selepas Ucapan Dasar Presiden telah disampaikan, iaitu dalam perbahasan-perbahasan di perhimpunan agung pada 1-3 Disember.

Perhimpunan kali ini bakal mencipta sejarah sebagai “perhimpunan transformasi politik”,” ujarnya lagi. -MediaUMNO


Apa kata Putrajaya Cywarriors? :


Diharapkan perhimpunan kali ini digunakan dengan sebaik mungkin oleh para perwakilan dan pimpinan tertinggi UMNO untuk berdiskusi, mengenalpasti kelemahan dan kekuatan serta menjadi titik permulaan semangat bagi menghadapi PRU13 yang akan datang. Kepada mana-mana perwakilan yang sudah punya rancangan untuk berhibur dan bukannya membincangkan hal-hal serta arah tuju melayu, kami tidak akan halang namun jika sebarang pendedahan mengenai perilaku kurang sopan atau tidak senonoh anda semua maka jangan marah jika ia ditiupkan dilaman blog kami. Sudah tidak ada masa untuk selindung lagi. Jika ada yang diterjah jangan sesekali salahkan UMNO! #PrinsipSalahTetapSalah. 

tinggalkan satu peluru!

29 November - 3 Disember ini akan berlangsung Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC. Gua harap blogger & cybertrooper UMNO semua akan turun. Selain membuat liputan untuk perhimpunan itu, kita semua boleh buat liputan kerja bangang mereka di kelab dangdut dan rumah urut sekitar KL. JANGAN LUPA BAWA KAMERA ATAU CAMCORDER... KITA DEDAHKAN SEMUA!Gua tak tuduh semua perwakilan UMNO tu bangang (PAS/PKR/DAP pun sama je)... cuma segelintir yang berperangai macam inilah yang akan menjahanamkan UMNO nanti. Kebanyakan perwakilan adalah mereka yang terpilih untuk menjadi pemimpin... lu tak boleh nak pimpin nafsu, lu tak payah perasan nak jadi pemimpin! Chowww!

Kulaan Niring

Bersiap sedialah pengamal media terutama blogger-blogger untuk sama-sama turun padang ke Perhimpunan Agung Umno bagi membuat cover mengikut persepsi dan interpretasi masing-masing... bagi mana-mana perwakilan yang melakukan kesalahan, kita tegur menggunakan kaedah kita tersendiri dengan cara yang berhemah agar mereka ini tidak menjadi duri dalam daging kepada parti dan Barisan Nasioanal (BN) terutama menjelang PRU13... penat wei! depa dok buat silap, kita separuh mampos nak cover balik...

p/s: Masih menanti kata-kata Double-Y. Keris update kemudian.

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Berbuat baik dibalas baik..kurang sopan dengan pengamal media di PAU?..jangan tanya apa yang jadi..selamat bersidang!

0 ulasan:

Post a Comment

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk