23/11/2011

Apa Masalah Kumpulan #Occupy Ini?



ekoran dpd pembacaan rang undang-undang perhimpunan aman kali kedua yg akn diadakan pd 24 nov(esok) di parlimen, penganjur #occupy dataran telah mengumumkn 'emergency assembly' bg membantah plaksanaan undang2 tsebut hasil dpd keputusan mensyuarat beberapa mesyuarat antara suaram dan partner aktivis lain. 'emergency assembly' telah ditetapkn pada 23 nov 2011, jam 2300, bertempat di dataran merdeka. sebaran telah diumum dlm fb #occupydataran.



Entah kenapa pihak #Occupy beria-ia membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang akan dibentangkan esok. RUU Perhimpuan Aman itu yang bakal dikenali sebagai akta kebebasan berhimpun yang menyatakan mana-mana individu memerlukan ''persetujuan'' pelbagai pihak apabila satu-satu perhimpunan itu diadakan. Ia juga merangkumi penyediaan masa, hari dan tempat perhimpunan aman itu diadakan.

Namun begitu, pihak #Occupy ini membantah sekeras-kerasnya seakan mereka punya agenda yang tersendiri. Apakah mereka sebenarnya bercita-cita untuk menjadikan perhimpunan aman dan demonstrasi jalanan sebagai karier?. Keris tidak faham motif mengenai bantahan mereka kerana RUU PA itu telah digariskan untuk mengawal keselamatan dan keamanan di Malaysia.

Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti negara-negara arab yang dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan. Sehingga ke hari ini mereka masih belum maju dan keamanan tidak dapat dicapai sekaligus menjatuhkan ekonomi negara mereka. Apakah mereka ini mahu meneruskan agenda DAP ketika tahun 1969 yang sudah mula berdemo di jalanan?.

Persoalan demi persoalan timbul lebih-lebih lagi apabila RUU yang mampu mengtransformasikan pengawalan di Malaysia dibantah. Apa sebenarnya agenda dan objektif #Occupy ini? Atau mereka ini hanya proksi PR yang digunakan untuk menghuru-harakan kerajaan Malaysia?

Islam Agamaku! Melayu Bangsaku! 

Dirgahayu Malaysia Tanahairku!

Keris 7 Lok kata: Keris semakin tidak faham..sejak BERSIH..kumpulan-kumpulan yang tidak masuk akal ini mula tumbuh macam cendawan..

1 ulasan:

Nak Pesan Awal-Awal

Keris 7 Lok kata :
korang sume nak komen apapon..aku tak kisah..tapi kalau komen tu boleh didakwa di mahkamah..aku akan bekerjasama dengan pihak berkuasa dan tidak akan bertanggung jawab ke atas komen yang korang buat..anda tulis..anda dapat...

Arkib Keris 7 Lok

busuk