بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum w.b.t
Berkenaan dengan kelibat lembaga bernama Tian Chua memotong daging korban dan Teresa Kok yang mengagihkan daging korban pada jumud-jumud PAS, Keris ada bertanya dengan dua orang yang arif tentang ilmu agama.
Pertama : Haram bagi orang Islam memotong daging akikah/korban melainkan mereka terdiri daripada ahlul-kitab. Mengapa ia menjadi haram?, Kerana kita was-was dengan kebersihan dirinya dan mahu mengelakkan sebarang kesangsian. Adakah kebersihan orang bukan Islam itu terjamin suci dari segala najis uuntuk memotong daging tersebut?. Pada pendapat saya orang yang bertanggungjawab membenarkan mana-mana orang bukan Islam memotong daging korban juga harus dipersalahkan juga.
Kedua : Orang bukan Islam boleh terlibat dalam menguruskan haiwan yang disembelih atas tujuan korban dengan syarat kesucian dan kebersihan dirinya adalah terjamin dan mereka tidak terlibat di dalam proses penyembelihan haiwan tersebut. Wallahu 'alam.
Dan mengikut gambar dibawah, apakah mereka suci untuk memegang/memotong daging korban? Mereka tahu samak?
Sememangnya negara Malaysia adalah negara demokrasi namun hukum agama Islam bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan sama seperti hudud. Keris sudah menjadi terlalu jelik dan jijik dengan sikap orang melayu PAS dan PKR yang memandang remeh hal-hal agama asalkan apa yang dilakukan itu memberi kredit politik pada mereka. Lihat sahaja isu kalimah Allah, DUMC Gereja, Hudud, dan kini yang terbaru pemotongan dan pengagihan daging korban Aidil Adha oleh mereka yang makan babi.
Subhanallah. Memang Keris tidak sangka puak-puak pembangkang ini mula meracuni pemikiran politik melayu di Malaysia melalui Islam. Teringat suatu ketika dahulu, Lee Kuan Yew memang ada mendekati melayu dengan taktik yang lebih kurang sama namun puak-puak sekarang lebih hebat kerana sudah menyusup masuk dengan sokongan PAS.
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Jangan terkejut jika lepas ini ada pula puak DAP datang bagi khutbah jumaat..
0 ulasan:
Post a Comment