Nasib baik tidak terbakar kerusi didalam konti radio Bernama 24 akibat perbualan Juruhebah yang bertugas iaitu saudara Zulkifli Bujang dengan Pengerusi Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz.
Segmen 'Kerusi Panas' ini akan keudara pada pukul 6.30 petang setiap hari bagi berdiskusi dan mengupas isu-isu semasa yang hanya dihadiri oleh tetamu SENARAI 'A'. Tun Faisal Ismail Aziz telah dijemput untuk membincangkan isu perang siber atau 'cyberwar' dianatar blogger pro BN dan blogger pro PR.
Zulkifli Bujang sememangnya seorang juruhebah yang profesional dan agak 'jahat' kerana Keris melihat muka beliau begitu tenang menyoal Tun Faisal dengan soalan-soalan yang agak 'hot'. "Fuhh memang panas kena drill petang semalam. Lain kali tidak perlu pakai suit ke sini sebab bahangnya terasa walaupun konti sejuk. Nasihat saya, jangan setuju untuk datang kalau tak cukup tidur " kata Tun Faisal di laman blognya Tun Faisal Dot Com.
Nantikan Podcast untuk mengetahui apa yang dibicarakan oleh mereka di Bernama Radio24
Islam Agamaku! Melayu Bangsaku!
Dirgahayu Malaysia Tanahairku!
Keris 7 Lok kata: Sememangnya segmen ini amat bagus bagi membuka minda mengenai arus politik di Malaysia..jangan lupa untuk mendengar Radio Bernama 24 di FM 93.9.
0 ulasan:
Post a Comment